BIBIR Merah masih terkesima dengan berita kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida yang menjadi perhatian seluruh pelusuk nusantara.

Mayat aktres berusia 37 tahun itu ditemui pada 26 Feb hampir dua hari selepas dia terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya ketika menaiki bot bersama lima yang lain.

Jasadnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan beberapa penemuan seperti rekod telefon, kelajuan dan data GPS bot laju itu yang mencurigakan.

Ingatkan sudah habis kisah ini rupanya tetapi ada lagi cerita lain yang timbul.

Baca juga: Maut terjatuh dari bot, ibu sangsi kematian Tangmo Nida

Baca juga: Penyiasat Jenayah Terkemuka Thailand Tolak Dakwaan Saksi, Punca Kematian Aktres Thai Mencurigakan

 

Baca juga: [VIDEO] Beritahu Sejuk, Tenggelam Bawah Jambatan, Benarkah Wanita Ini Dirasuk Roh Tangmo Nida?

Ketua Polis Thailand, Suwat Jangyodsuk umumkan kematian Tangmo adalah kemalangan berdasarkan bukti yang diperolehi.

Lima rakan bot Tangmo, Tanupat Por Lerttaweewit dan Phaiboon Robert Trikanjananun didakwa mengendalikan kapal tidak berlesen dan kecuaian menyebabkan kematian selepas kejadian itu.

Kata polis, dalam menyelesaikan kes ini, 29 orang saksi telah disoal siasat. Malah siasatan juga dijalankan tanpa gangguan dengan Ketua Polis turut menyelia siasatan.

Bahkan pihak berkuasa terus bekerja keras menyiasat. Polis Marin menjumpai dua objek dari Sungai Chao Phraya berhampiran jeti Phibul Songkhram dan menyerahkannya kepada pemeriksaan forensik.

Mereka percaya objek itu dilemparkan saksi ke dalam sungai selepas Tangmo terjatuh dari bot laju.

 

Baca juga: Kronologi insiden Tangmo Nida mati lemas, pengurus didapati putar belit fakta kejadian

Baca juga: #SiBibirMerah Kematian tragis Tangmo Nida, warganet berang ibu terima permohonan maaf, pampasan RM3.8 juta

DIPAKSA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM

Dalam pada itu, spekulasi lain bertebaran di laman sosial mengatakan ia adalah pembunuhan terancang. Malah wajah orang ternama (VVIP) itu juga sudah tersebar.

Bibir Merah ada terbaca di portal Fame, Tangmo dilaporkan meninggal dunia akibat dicekik oleh seorang lelaki yang berada di atas bot yang dinaikinya.

Lelaki itu mencekik Tangmo kerana artis Thailand itu enggan melayan nafsu buasnya.

Apabila dicekik, aktres itu melawan dan berlaku pergelutan yang menyebabkannya terjatuh ke dalam sungai.

Iklan

Lelaki hidung belang itu didakwa meminta Tangmo melayannya kerana sudah menyerahkan sejumlah wang kepada pengurus artis itu.

Dalam masa polis bekerja keras mengumpul bukti, boleh pula ibu Tangmo, Panida Siriyuthayothin menerima permohonan maaf dan bayaran RM3.8 juta daripada dua suspek. Ini buat ramai yang bengang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Baru tahu rupanya si ibu itu tidak pernah membesarkan Tangmo dan dia tinggal dengan bapanya selepas penceraian.

Bagaimanapun, Tangmo kembali ke pangkuan Siriyuthayothin selepas bapanya meninggal dunia dan mereka tinggal bersama.

MOHON BEDAH SIASAT KEDUA

Iklan

Selepas memaafkan suspek dan bakal menerima pampasan, ibu itu juga meminta bedah siasat baru dijalankan ke atas jasad Tangmo.

Dia mahu mahu bekas ketua Institut Sains Forensik Pusat melakukan bedah siasat baharu ke atas jasad Tangmo kerana ragu-ragu terhadap bedah siasat pertama.

Peguam Siriyuthayothin berkata terdapat banyak aspek yang mencurigakan terutamanya penemuan forensik dalam kes itu. Bagaimanapun dia enggan dijelaskan secara terperinci.

Bibir Merah rasa simpati jika spekulasi paksaan hubungan intim itu benar. Betapa mudahnya ‘membeli’ maruah orang lain dan kemudian ‘melupuskan’ bukti begitu sahaja hanya kerana pelaku berkuasa dan ternama.

Semoga bedah siasat kedua dapat dijalankan seperti yang direncana bagi merungkai punca kematian Tangmo dan suspek yang sebenar diseret ke muka pengadilan.

Si Bibir Merah: Jika benar wujud penglibatan VVIP, tidak mustahil kemungkinan ada ‘tangan-tangan ghaib’ dalam siasatan yang dijalankan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!