Jangan ambil mudah! Ini beza tarikh luput produk 'Guna Sebelum', 'Baik Sebelum'

Iklan
Jangan ambil mudah! Ini beza tarikh luput produk 'Guna Sebelum', 'Baik Sebelum'

PASTI semua orang pun perasan akan label tarikh luput pada sesuatu produk makanan atau minuman yang mencatatkan 'Guna Sebelum' (Use By) dan 'Baik Sebelum'(Best Before) bukan?

Iklan
Iklan

Sebenarnya ada perbezaan pada kedua-dua jenis label tarikh luput itu. Pengguna tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya produk tersebut dilabel sebegitu.

Iklan

'Guna Sebelum' (Use by);

1. Tarikh yang tertera sebagai 'Guna Sebelum' ialah akhir sesuatu produk itu selamat untuk dimakan.

Iklan

2. Kebiasannya ia digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya.

3. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah dibuang serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.

'Baik Sebelum' (Best Before);

1. Tarikh untuk label 'Baik Sebelum' menunjukkan sifat atau kualiti produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan.

2. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah tidak boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

3. Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan.

Baca juga '...kita semua makan makanan sama, tapi saya saja yang muntah'. Doktor ini jelaskan semuanya

4. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair) warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengit, masam) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan.

5. Sekiranya terdapat perubahan-perubahan tersebut, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.

Sementara itu, ini tip diberikan Dr Fatimah untuk memanjangkan jangka hayat produk;

Semoga bermanfaat!