Waspada! Kanak-kanak jadi sasaran varian Omicron, kemasukan PICU meningkat 94%

Iklan
vaksin kanak-kanak

UMUM maklum, kerajaan kini meneruskan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Iklan
Iklan

Justeru, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) hari ini menyarankan kepada ibu bapa agar merebut peluang untuk mevaksinkan anak-anak bagi melindungi daripada jangkitan varian Omicron yang lebih dashyat dan boleh membawa maut dari jangkitan Covid-19 serta komplikasinya (MICS).

Berikut faktor-faktor yang membuktikan bahawa pengambilan vaksin Covid-19 adalah amat penting bagi kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun;

Iklan

1. Kanak-kanak berumur 11 tahun dan ke bawah mengalami risiko yang lebih tinggi untuk jangkitan varian Omicron berbanding dengan varian sebelum ini.

2. Ini kerana mereka amat terdedah serta belum mendapat perlindungan yang sewajarnya berbanding dengan dewasa yang telah mendapat vaksinasi.

Iklan

3. Risiko jangkitan varian Omicron meningkat sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai komorbid, atau tergolong dalam kumpulan kanak-kanak yang berisiko tinggi atau immunocompromised seperti mempunyai penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, lemah sistem imun badan, kencing manis, sedang menjalani rawatan menggunakan steroid (seperti pesakit autoimun dan transplan), kanser, asma dan obesiti.

Baca juga Tiada paksaan suntik vaksin Covid-19 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

Baca juga Vaksin untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun diluluskan, ini 10 fakta berkaitan

8. Bermula awal Januari 2022 sehingga pertengahan Februari 2022, bilangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang dijangkiti Covid-19 adalah seramai 50,826 orang.

9. Data menunjukkan peningkatan sebanyak 68,893 orang antara pertengahan Februari dan Mac 2022.

10. Jumlah keseluruhan pesakit kanak-kanak bawah 12 tahun yang dijangkiti Covid-19 sebanyak 119,719 orang dari Januari hingga pertengahan Mac 2022.

11. Penggunaan katil untuk pesakit kanak-kanak itu menunjukkan peningkatan ketara dari Januari hingga hujung Februari 2022.

12. Kadar kemasukan kanak-kanak ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) meningkat 94% untuk semua kategori 3 hingga 5. Ia menunjukkan 200% kategori 4 dan 125% untuk kategori 5.

Sementara itu, pelbagai inisiatif telah dijalankan bagi meningkatkan pemberian vaksin di hospital khususnya di kalangan pesakit Pediatrik. Antaranya;

1. Mewujudkan"Booth PICKids" di Klinik Pediatrik atau mana-mana lokasi yang sesuai di hospital. Pakar Pedaitrik atau Pegawai Perubatan yang berpengalaman akan memberi penerangan kepada ibu bapa berkenaan manfaat vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak dan menjawab sebarang kemusykilan atau kerisauan.

2. Semua Hospital Negeri dan Hospital Berpakar Major telah mengadakan"Kempen Jom Vaksin@Hospital KKM" bermula 28 Feb 2022 bersempena cuti sekolah.

Baca juga Ini komplikasi yang boleh dihadapi jika si kecil tiada vaksin Covid-19. Kenali MISC dengan lebih terperinci

Namun, kata KJ, sungguhpun pelbagai inisiatif telah dijalankan, penerimaan ibu bapa didapati agak perlahan. Ramai masih mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'.