BARU-BARU ini kerajaan mengumumkan akan meneruskan pemerolehan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Kerajaan juga memutuskan akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 bagi golongan tersebut bermula awal Februari ini.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Pun begitu, dalam perkembangan terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan tiada kewajipan suntikan berkenaan seperti orang dewasa.

Dalam pada itu, menurut KJ, golongan kanak-kanak itu tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang tidak divaksin, kerana Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids), adalah tidak wajib.

Baca juga Vaksin Untuk Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun Diluluskan, Ini 10 Fakta Berkaitan

Orang ramai kini boleh daftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui MySejahtera

Namun, beliau berkata ibu bapa digalakkan untuk mendaftarkan anak masing-masing di aplikasi MySejahtera (MySJ), demi melindungi mereka daripada Covid-19.

Iklan

“Daftar anak anda (5-11 tahun) untuk #PICKids di MySJ. Lindungi mereka dari Covid-19,” katanya dalam ciapan terkini di Twitter.

Baru-baru ini, KJ memaklumkan sistem tempahan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak melalui MySJ akan dibuka pada akhir bulan ini, bermula di Lembah Klang dahulu.

Artikel berkenaan: Program Vaksin Covid-19 Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun Bermula Februari Ini

Iklan

Sementara itu, menjengah ke laman sosial, rata-rata ibu bapa menarik nafas lega terhadap pengumuman itu.

Ada yang mengatakan usia lima tahun amat terlalu awal untuk mendapatkan suntikan tersebut bagaimanapun ramai juga yang bersetuju mendapatkannya untuk anak-anak demi perlindungan mereka.