Wanita koma dibelasah suami makin lemah, keluarga buntu namun reda

Iklan
Jahidah

TAHUN lalu, negara kita dikejutkan dengan satu berita menyayat hati apabila seorang wanita yang sedang hamil dipercayai dipukul suami sehingga koma.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun mangsa keganasan rumah tangga yang berusia 43 tahun itu selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada Disember tahun lalu.

Dalam perkembangan terbaharu, adiknya, Fauziah Nordin, 41, yang bertanggungjawab menjaga Jahidah sepenuh masa memaklumkan kesihatan kakaknya tidak menentu selepas disahkan positif Covid-19 pada minggu lalu.

Iklan

Difahamkan, Jahidah sudah selesai menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari serta dipindahkan semula ke wad biasa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan.

Iklan

Baca juga Wanita hamil koma dipukul suami selamat lahirkan bayi lelaki, ramai doakan keajaiban

Doktor turut menghubungi beberapa kali untuk memaklumkan keadaan kakaknya yang memerlukan proses bantuan penafasan (CPR) kerana badannya semakin lemah dan berisiko jantungnya terhenti.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan untuknya agar diberikan kekuatan menerima apa sahaja ketentuan yang akan berlaku.

Ini kronologi ringkas kejadian yang menimpa Jahidah;

1. Dalam kejadian pada 4 Mei, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

2. Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

3. Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma.

4. Jahidah selamat melahirkan cahaya mata lelaki berusia 3 bulan yang diberi nama J Eshan Nufail pada akhir November tahun lalu dengan kaedah emergency czer walaupun masih berada dalam keadaan koma.

Sumber : ziahzara15

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI