PERNAH tular di laman sosial pada Mei lalu, seorang wanita koma dipukul suami bertopengkan syaitan sehingga mengalami kecederaan parah pada kepala.

Wanita tersebut dilaporkan cedera teruk dan terpaksa dibuang tengkorak kepala akibat pendarahan sekali gus rahang, tulang belakang serta rusuk mengalami keretakan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Apa yang menambah pilu orang ramai apabila wanita berkenaan juga sedang hamil ketika itu.

Kini mangsa keganasan rumah tangga itu, Jahidah Nordin, 43, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan, malam tadi.

Adiknya, Fauziah Nordin, 40, yang bertanggungjawab menjaga Jahidah sepenuh masa memaklumkan kakaknya itu menjalani pembedahan kecemasan kira-kira 9 malam tadi.

“Alhamdulillah, Kak Jahidah sudah lahirkan ‘baby,’ pembedahan kecemasan pukul 9 (malam tadi). Esok (hari ini) kena ke hospital tengok baby,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Fauziah, kakaknya kini masih berada di hospital dan dalam pemantauan 24 jam.

Wanita hamil koma dipukul suami selamat lahirkan bayi lelaki, ramai doakan keajaiban

Dalam pada itu, perkongsian Fauziah dihujani titipan ribuan doa buat wanita terbabit bersama bayinya.

Rata-rata mendoakan agar diberi keajaiban oleh ALLAH untuk Jahidah kembali sembuh dan dapat menjalani hidup sempurna bersama bayinya.

Ujar mereka;

“Alhamdulillah ALLAH permudahkan. Semoga ada keajaiban dari ALLAH untuk kak Jahidah pulih semula.”

“Semoga ibu dan anak sentiasa dalam rahmatNya. Diangkat segala kesakitan dan dipermudahkan segala urusan.”

“Semoga dipermudahkan segalanya. Untung awak sayang dilahirkan oleh seorang wanita yg hebat. Semoga menjadi seorang anak yang baik.”

“Semoga kak Jahidah diberi kekuatan dan kembali pulih. Strong baby, tak sabar nak tengok awak si comey.”

“Ya ALLAH berilah kekuatan buat kak Jahidah… anak yang masih kecil memerlukan ibunya. Semoga anak ini menjadi semangat buat kak Jahidah melawan segala sakitnya.”

Baca juga Isu guru buat jenaka rogol, Ain Husniza, bapa terima writ. 11 perkara mengenainya

Iklan
Ini kronologi ringkas kejadian yang menimpa Jahidah;

1. Dalam kejadian pada 4 Mei, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

2. Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Iklan

3. Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma.