Sumbangan 15 hari sebelum meninggal, nama Siti Sarah diabadikan surau, dewan rumah anak yatim

Iklan
1

ALLAHYARHAM Siti Sarah Raissudin diabadikan sebagai nama sebahagian nama ruang solat dan dewan rumah anak yatim Baitul Sakinah As-Shariff, Pelabuhan Klang.

Perkara itu dikongsikan suami Allahyarham Siti Sarah, Shuib menerusi laman sosial Instagram.

Iklan
Iklan

Katanya, Allahyarham diberi peluang memberi sumbangan untuk pembinaan surau dan dewan semasa kunjungan mereka ke sana pada 25 Julai 2021.

Pada 12 Mac, Shuib dan keluarga ke rumah anak yatim itu sekali lagi selepas pembinaan siap.

Iklan

Shuib sayu mengenangkan Siti Sarah pegi dulu sebelum sempat melihat fasiliti hasil sumbangan siap sepenuhnya. Bagaimanapun dia terharu apabila nama isterinya diabadikan di sana.

Iklan

Baca juga: Akhirnya Dapat Bertemu Ayash Affan, Shuib Teringat Pesanan Siti Sarah

"Rezeki arwah, dia diberi penghormatan bila mana surau dan dewan ni di letakkan nama Sarah dan gabungan dua lagi nama individu.

"Maka diberi lah nama Musalla dan Dewan Serba Guna Sarah Muslim Al-Attas. Syukur Alhamdulillah, hadiah buat you sayang. Rezeki you, Alhamdulillah.

"Terima kasih mengajar daddy tentang sedekah, yakin dan suka dengan sedekah. Semoga pahala terus mengalir untuk you sayang,” titip Shuib.

Difahamkan selain penghuni rumah kebajikan tersebut, surau berkenaan boleh digunakan oleh orang kampung yang tinggal berhampiran.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissudin menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia susulan jangkitan Covid-19.

Allahyarham sebelum itu menjalani pembedahan tanpa sedar bagi melahirkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan.

Siti Sarah yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib atau Shahmira Muhammad pada tahun 2011 dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan berusia 5 bulan.

Semoga sifat pemurah Siti Sarah ini boleh dijadikan inspirasi dan contoh buat kita semua.

Baca juga: Shuib Pegang Amanat Akhir Siti Sarah

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI