Daging paprik ringkas, cukup satu lauk lengkap hidangan keluarga

Iklan
Daging paprik ringkas, cukup satu lauk lengkap hidangan keluarga

MASAKAN paprik memang sedap! Tidak kiralah guna daging, ayam atau makanan laut.

Iklan
Iklan

Pedas, masam dan aroma lazat dari daun limau purut adalah sebab masakan paprik menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia sekian lama.

Selain itu, ia mudah, sedap dan cepat untuk disediakan.

Iklan

Bahan-bahannya;

    Iklan

  • Daging/ayam/udang/sotong
  • 2 biji bawang putih diketuk
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 sudu besar lada kisar
  • 1/2 lobak merah dipotong
  • 1 bungkus jagung dipotong
  • 1/2 biji lada benggala dipotong

Cuba juga Mahsuri Sos Berperisa Tiram pilihan terbaik untuk masakan anda

  • Sedikit bunga kobis
  • Daun limau purut
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Garam
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

[caption id="attachment_20392" width="800"] ELAK pengambilan daging merah terlalu banyak selain makanan terproses seperti sosej, nuget dan burger.[/caption]

Cara membuatnya;

1. Pastikan daging direbus dahulu dan dihiris nipis ikut citarasa masing-masing.

2. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih bersama cili kisar hingga naik bau. Masukkan daging.

Baca juga Sambal tumis ikan kembung nampak biasa, tak sedar buat nasi bertambah

3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram ikut bahan sedia ada dalam kuali.

4. Tuangkan sedikit air dan boleh masukkan semua sayuran serta daun limau purut untuk tambah aroma masakan.

5. Apabila kelihatan menggelegak, boleh masukkan sedikit garam dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat!

Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI