M. Nasir terbit album baharu Wings

Iklan
Wings (3)

Oleh: ZULHISHAM ISAHAK

KUMPULAN rock legenda, Wings akan melahirkan album terbaharu dalam tahun ini yang akan diterbitkan komposer dan penerbit hebat, Datuk M. Nasir.

Iklan
Iklan

Menurut vokalisnya, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 54, album studio ke-13 Wings itu akan memuatkan 20 buah lagu. Bagaimanapun, difahamkan setakat ini album itu masih belum mempunyai tajuk.

Iklan

Baca juga: "Kalau Ikutkan Takut, Sampai Bila-Bila Kami Tidak Boleh Bekerja" - Awie Bakal Tampil Showcase Istimewa

"Kita sudah merakamkan 16 daripada 20 buah lagu untuk album baru ini.

Iklan

" Ia sudah tertangguh sejak kira-kira 10 tahun lalu dan sepatutnya dapat dikeluarkan lebih awal. Tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), prosesnya terbantut.

"M. Nasir akan menerbitkan album baharu kami. Beliau turut menyumbangkan lagu untuk album ini.

"Selain itu, anggota Wings sendiri turut menyumbangkan lagu. Antaranya hasil ciptaan saya, Syam dan Edrie Hashim," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berkenaan program Raikan Cinta Ramadan Wings di Banafee Village di sini pada malam Selasa.

Turut hadir semua anggota Wings iaitu Syam dan Edrie (pemain gitar), Eddie (pemain bass) serta Black (pemain dram).

Katanya, kumpulan itu masih mahu mengeluarkan album dalam bentuk fizikal berbanding digital kerana format berkenaan amat istimewa dan peminat boleh menyimpannya. Malah ia mempunyai nilai apresiasi.

Jelas Awie, muzik yang dimainkan pada kali ini berkonsepkan rock nusantara iaitu sama sekali berbeza dengan album-album terdahulu.

"Konsep rock nusantara ini menampilkan elemen-elemen nusantara dan kita percaya album ini akan menjadi 'trend setter' dalam industri muzik. Album ini menggabungkan muzik yang rancak dan perlahan," katanya.

Menurutnya, Wings yang tampil dalam Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) pada Mac lalu merancang mengadakan konsert dalam skala kecil dan besar termasuk tour pada tahun depan untuk mempromosikan album baharu itu nanti.

"Menerusi cara ini Wings mahu menghidupkan semula industri muzik kita yang sudah merudum. Kita juga mahukan Wings satu hari nanti menjadi rujukan kepada band-band baharu," katanya.

Baca juga: Awie rangka misi kemanusiaan buat Palestin

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI