Susah dan lewat bangun sahur? Ini cara terbaik bantu selesaikan masalah itu

Iklan
glo

SYUKUR, sekali lagi kita bakal bertemu dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dalam kalendar Islam.

Cerita bab bulan yang mulia ini, selain berbuka puasa, amalan bangun sahur satu perkara yang menjadi masalah dan sering menjadi perdebatan.

Iklan
Iklan

Kepada mereka yang berdisiplin dan mengikut sunah, mereka akan bangun sahur tanpa ada sebarang kerumitan.

 

Iklan

Baca juga: 10 tip hadapi kebakaran asap tebal boleh membunuh

Baca juga: Senang panaskan makanan hati-hati perlu cara yang betul

Iklan

 

Selain untuk meraih pahala, pendekaan itu juga akan membantu menyuntik tenaga sepanjang berpuasa.

Namun, sebahagian pula ada yang tiada sebarang masalah jika tidak menjamah makanan dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Alasan lain yang selalu kita dengar adalah malas untuk bangun pagi sebelum waktu Subuh.

Mereka lebih senang tidur berbanding melakukan amalan yang disarankan oleh Rasulullah SAW itu.

Memang benar, bangun pada waktu pagi dalam keadaan kurang tidur akan menyebabkan badan berasa lemah, sakit kepala dan gangguan emosi.

Bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi hal tersebut, menurut CNN Indonesia.

Berikut cara yang dicadangkan.

1. Bersenam

Sekitar satu atau dua jam sebelum berbuka puasa dan sekiranya mempunyai waktu terluang, boleh luangkan masa seketika untuk melakukan olahraga ringan sekitar 20 minit.

Jika merasakan ia satu halangan, boleh melakukan senaman berjalan kaki.

Alang-alang pergi ke bazar Ramadan, boleh juga melakukan senaman berjalan kaki. Namun, ingat! Elakkan pembaziran makanan lebih-lebih lagi sebilangan juadah berbuka juga berdepan dengan kenaikan harga.

2. 'Santapan' otak

Bukan hanya perut sahaja yang perlu diisi, tetapi otak juga memerlukan 'diet' seimbang untuk daya pemikiran optimum.

Selain amalan pemakanan dan gaya hidup sihat, berfikiran positif juga perlu.

Boleh luangkan masa dengan membaca buku atau melakukan teka silang kata. Cara ini akan merangsang minda untuk lebih berjaga-jaga.

3. Waktu tidur

Cuba didik diri untuk memiliki jadual tidur yang konsisten.

Tetapkan jadual atau waktu yang diperuntukkan untuk melakukan pekerjaan, senaman, bersantai dan tidur.

Sebaiknya jangan amalkan tidur terlalu pada lewat malam kerana ia akan mempengaruhi untuk makan dengan lebih banyak dan sukar bangun pagi.

4. Sinar suria

Menjalani ibadah puasa dalam keadaan cuaca panas akan menyebabkan rasa kurang selesa dan cepat berasa lapar.

Namun, tidak salah untuk luangkan masa seketika untuk membiarkan tubuh badan 'bermandikan' sinaran matahari.

Cara ini akan membuatkan kita berasa lebih segar pada waktu siang dan juga memudahkan untuk tidur pada sebelah malam.

5. Elak minuman kafein

Umum mengetahui minuman seperti kopi akan membantu untuk menghindari rasa mengantuk.

Oleh itu, sebaiknya jangan amalkan minuman itu atau pengambilan kafein berlebihan sebelum tidur.

Cuba wujudkan ruang yang selesa dan nyaman di tempat tidur dengan kemas termasuk penggunaan cahaya lampu yang minimum.

Diharapkan perkongsikan ini dapat membantu untuk bangun sahur.

Lagipun, alang-alang sudah ingin solat Subuh, apa salahkan awalkan sedikit waktu menjamah makanan.

Semoga info ini dapat menjadi manfaat kepada kita semua.

Selamat berpuasa!

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI