PENGGUNAAN microwave sangat mudah dan ringkas untuk memanaskan makanan dalam waktu yang singkat.

Microwave merupakan peralatan masak elektronik yang menghasilkan gelombang elektromagnetik kecil (mikro) untuk memanaskan makanan.

Tidak seperti alat masak biasa, microwave tidak menggunakan api untuk memasak.

Gelombang pada oven dihasilkan oleh pipa elektron dari dalam mesin kemudian dipancarkan oleh interior oven yang dibuat dari besi.

Radiasi gelombang tersebut akan diserap oleh makanan dalam bentuk haba sehingga menyebabkan partikel di dalam makanan bergerak dan menghasilkan lebih banyak energi panas.

Namun gelombang dari microwave hanya dapat menembusi bekas kaca, kertas, seramik, atau plastik dan tidak dapat menembusi bekas yang dibuat dari besi.

Menurut perkongsian Doktor Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad, anggapan microwave merosakkan makanan dengan sinaran radioaktif adalah tidak benar, kerana gelombang yang dikeluarkan adalah dalam bentuk tenaga panas.

Ujar Dr Zubaidi, beberapa bahan makanan yang mengandung banyak air akan menjadi lebih cepat panas ketika dimasak atau dipanaskan dengan microwave.

“Gelombang pada microwave juga tidak dapat memasak makanan dari dalam ke luar, dan makanan yang tebal atau padat memerlukan waktu yang lebih lama untuk dipanaskan.

“Selain itu, ia tidak mengurangkan kandungan nutrisi makanan, tetapi suhu terlalu panas pada oven ketika memasak dapat merosakkan vitamin, mineral dan antioksida yang terdapat pada makanan.

“Oleh itu makanan yang terdiri daripada sayuran dan buah yang seharusnya dipanaskan sebentar sahaja. Kerosakan nutrisi juga boleh terjadi ketika memasak dengan peralatan lain jika menggunakan suhu terlalu panas,” kongsinya di Facebook.

Baca juga Kulit melecur, buta gara-gara pressure cooker, hati-hati gunakannya, 6 tip ini pastikan buat

Guna microwave senang panaskan makanan, hati-hati perlu cara yang betul

Kata Dr Zubaidi lagi, microwave selamat digunakan untuk memasak makanan jika digunakan dengan cara yang betul.

“Ini kerana radiasi gelombang elektromagnetik yang dihasilkan microwave bersifat non-ionizing dan tidak menyebabkan perubahan DNA atau mutasi genetik, berbeza dengan radiasi nuklear dan radiasi yang digunakan di hospital (dalam mendiagnosa dan merawat pesakit) yang bersifat ionizing.

“Beberapa peralatan dalam rumah juga memiliki sifat radiasi yang sama dengan microwave seperti alat pemanas, henfon, komputer dan TV.

“Meskipun pendedahan kepada gelombang elektromagnetik tertentu boleh menyebabkan kanser, namun radiasi oven microwave belum terbukti dapat menyebabkan kanser. Ini kerana pendedahan radiasi bukan ioninzing yang relatif kecil dan penggunaan dalam masa yang singkat,” ujarnya.

Jelas beliau, bekas logam menyerap dan makanan dalam bentuk cairan seperti telur atau air menyerap haba dengan lebih banyak. Ini boleh menyebabkan kecederaan luka pada tangan ketika memindahkan makanan dari mikrowave.

Sementara itu, berikut petua menggunakan microwave dengan selamat;

1. Baca dan ikuti arahan penggunaan yang terdapat pada pamplet yang disertakan.

2. Pastikan pintu oven tertutup rapat.

3. Jangan berdiri berhadapan dengan mikrowave yang sedang beroperasi dalam waktu yang lama.

4. Jangan menggunakan air berlebihan ketika memasak atau memanaskan menggunakan mikrowave.

Iklan

Baca juga 12 info terkini pengeluaran khas KWSP, bakal dibayar sekali gus

5. Tutupkan penutup bekas ketika memasak dengan mikrowave agar tidak cepat kotor.

6. Elakkan menggunakan bekas plastik biasa dan besi.

7. Gunakan bekas dari gelas atau seramik.

Iklan

Justeru, penggunaan mikrowave sebenarnya tidaklah berbahaya jika digunakan dengan cara yang betul.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI