Didik anak sentuhan selamat, elak gangguan seksual kanak-kanak

Iklan
rogol

KEJADIAN gangguan seksual membabitkan kanak-kanak sebagai mangsa cabul, rogol dan liwat sama ada dilakukan dalam kalangan orang terdekat termasuk ahli keluarga mahupun golongan yang dipercayai kian menjadi-jadi kini.

Iklan
Iklan

Jadi, sebagai ibu bapa mahupun ahli keluarga, pasti berasa bimbang apabila memikirkan keselamatan si cilik seandainya wujud manusia bertopengkan binatang berada dalam kalangan mereka.

Selain komunikasi dua hala yang seimbang, ibu bapa disarankan mendidik anak mengenai sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat sebagai petunjuk awal bagi mengesan sesuatu perlakuan atau niat jahat individu asing terhadap mereka.

Iklan

Kanak-kanak harus tahu bahawa tiada siapa boleh menyentuh badan tanpa kebenaran mereka sendiri malah berhak untuk menolak daripada disentuh.

Iklan

Kanak-kanak perlu dididik mengenai empat bahagian dianggap sulit dan peribadi, mulut, dada, kawasan di antara paha (kemaluan) serta punggung.

Baca juga Susah dan lewat bangun sahur? Ini cara terbaik bantu selesaikan masalah itu

Ajar kanak-kanak untuk beri reaksi sekiranya bahagian sulit disentuh, antaranya;

  • Menjerit ‘jangan’ atau berteriak sekuat hati untuk pertolongan.
  • Lari secepat mungkin ke tempat selamat atau ramai orang.
  • Meminta kanak-kanak memberitahu orang dipercayai seperti ibu, bapa, ahli keluarga lain atau guru.

Kanak-kanak perlu beritahu ibu bapa atau individu dipercayai jika;

  • Apabila seseorang menyentuh atau melihat bahagian sulit atau peribadi.
  • Apabila seseorang menunjukkan bahagian sulit atau peribadi mereka.
  • Apabila seseorang meminta kita menanggalkan pakaian.
  • Apabila seseorang mengambil gambar kita tidak berpakaian.
  • Apabila seseorang menunjukkan gambar atau video orang tidak berpakaian.
  • Apabila seseorang menyentuh atau mencium bahagian sulit kita.

Baca juga Kanak-kanak menangis, asyik nak balik awal persekolahan, 10 perkara ini ibu bapa, guru perlu tahu

Peraturan sentuhan untuk diingati;

  • Terdapat sentuhan baik dan sentuhan tidak baik.
  • Tiada sesiapa yang patut menyentuh bahagian sulit atau rahsia tanpa kebenaran kita.
  • Jangan sekali-kali bersetuju menyimpan rahsia sentuhan tidak baik.
  • Beritahu seseorang yang dipercayai dan teruskan memberitahu sehingga dapat bantuan dengan masalah itu.

Latih anak seawal usia, moga mereka dijauhi daripada apa jua gangguan seksual. Semoga bermanfaat.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI