SEPANJANG hari berpuasa, rasa lapar dan dahaga memang akan ada.
Mana tidaknya, beberapa bulan kebelakangan ini, ada antara kita makan sampai tak ingat dunia.
Dengan perkhidmatan tempahan dan penghantaran makanan boleh dilakukan terus ke rumah, maka semakin 'berseleralah' kita.
Baca juga: Susah dan lewat bangun sahur ini cara terbaik bantu selesaikan masalah itu
Baca juga: 10 tip latih anak naik van sekolah ibu bapa perlu terlibat minggu pertama lakukan perkara ini
Namun, risau juga sebab takut ada pula yang pukul 12 tengah hari sudah berbuka puasa. Ingat...jangan jadi Geng Plastik Hitam ya.
Sebenarnya, terdapat cara untuk kita untuk terus kekal bertenaga.
Jangan sesekali jadikan lapar dan dahaga sebagai alasan tidak mampu bertahan sehingga terbenam matahari.
Sebagai umat Islam, kita wajib mematuhi dan melaksanakan ibadah rukun Islam ketiga itu dengan penuh ikhlas.
Tidak dinafikan, adakalanya kita akan berasa tidak selesa, beremosi, pening, loya dan dehidrasi.
Bagaimanapun, cuba amalkan lima makanan yang dicadangkan berdasarkan perkongsian CNN Indonesia.
1. Telur
Apabila bersahur, cuba amalkan pengambilan makanan kaya protein dan rendah kalori agar dapat kenyang dengan lebih lama.
Hidangan seperti telur tidak mengira sama ada direbus atau dicampurkan bersama makanan lain seperti roti telur.
Khasiat yang ada dalam telur dapat membantu menurunkan berat badan, menguatkan otot dan memelihara kesihatan jantung dari lemak.
2. Bijirin oat
Oat kaya dengan kandungan protein dan karbohidrat yang tinggi.
Sudah pastinya makanan seperti ini akan memberikan kita tenaga berpanjangan sepanjang hari lebih-lebih lagi ketika berpuasa.
Bagi menjadikan hidangan tersebut lebih menarik, tambahkan buah-buahan atau kekacang.
3. Sumber protein
Bercakap tentang protein, ikan dan ayam mungkin berada di antara carta teratas.
Omega-3 dalam ikan dapat menguatkan daya tahan dalam badan.
Sementara itu, protein daging ayam pula mampu memelihara otot dan memperbaiki sel tubuh yang rosak.
Protein akan menghasilkan tenaga gantian dalam badan apabila kandungan glukosa pada hati, otot dan lemak tidak mencukupi.
4. Buah dan sayur
Pengambilan buah-buahan dan sayuran amat digalakkan terutamanya pada bulan Ramadan.
Kandungan mineral dan vitamin dapat membantu untuk seseorang kekal bertenaga dan mengelakkan mereka daripada mengalamai hidrasi.
Pengambilan buah tembikai, strawberi, tomato, bayam dan avacado amatlah disarankan.
5. Kekacang
Jangan pandang sebelah mata! Meskipun kecil, namun tinggi khasiatnya.
Kekacang memiliki kandungan protein, vitamin dan mineral yang baik untuk badan.
Kekacang juga sesuai untuk dimakan sebagai snek pada waktu sahur mahupun selepas berbuka puasa.
Antara kekacang yang sentiasa menjadi pilihan seperti badam, kacang tanah dan pistachio.
Diharapkan cadangan makanan di atas mampu membantu kita kekal bertenaga sepanjang Ramadan.
Semoga selepas ini kita tidak mempunyai sebarang alasan 'ponteng' puasa lagi.
Selamat berpuasa!
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI