VAN sekolah merupakan pengangkutan murid ke sekolah yang lazimnya digunakan di negara ini.

Apabila berbicara mengenai kenderaan, pelbagai faktor keselamatan perlu dititikberatkan. Bagi si kecil yang baru sahaja memasuki Tahun 1 atau 2 misalnya, penting bagi ibu bapa untuk melatih mereka menggunakan kenderaan ini dengan betul.

Baca juga: Murid 7 Tahun Dilanggar Van Meninggal Dunia, 3 Kejadian Serupa Pernah Berlaku

Kredit foto: Bernama

SinarPlus kongsikan 10 tip yang boleh digunakan dalam melatih anak-anak menaiki van atau bas ke sekolah.

1. Antara waktu yang paling kritikal bagi kanak-kanak yang baru bersekolah ialah waktu pulang. Ibu bapa perlu memberikan perhatian.

2. Jika mereka pulang dengan van atau bas sekolah, ibu bapa perlu hadir pada dua atau tiga hari pertama sesi persekolahan dan membawa anak ke tempat menunggu van atau bas.

3. Kenalkan anak kepada pemandu van sekolah dan minta mereka mencatat dan menghafal nombor pendaftaran van sekolah yang dinaiki.

4. Acapkali berlaku murid Tahun 1 tidak mengenal van atau bas sekolah yang perlu mereka naiki.

5. Akibatnya ada yang mengikut rakan masing-masing menaiki van sekolah lain.

6. Hal ini boleh mengakibatkan pelbagai masalah lain termasuk mengancam keselamatan mereka.

7. Beritahu anak untuk menunggu van atau bas sekolah di dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan masalah keselamatan.

8. Ibu bapa perlu memastikan nombor telefon berada dalam simpanan anak-anak bagi memudahkan pemandu van sekolah mengesan sekiranya mereka didapati menaiki van yang salah.

9. Ia juga penting bagi menyelesaikan masalah murid mengikut kawannya balik ke rumah kerana tersalah menaiki van.

10. Ibu bapa rakan anak atau pemandu van boleh menghubungi ibu bapa untuk memaklumkannya.

Kredit foto: Bernama

Baca juga: Selamatkah Anak-Anak Menaiki Bas Sekolah Ketika Musim Covid-19?

Dalam pada itu, perkongsian Facebook Sewa Bas Persiaran memaklumkan banyak berlaku kes salah faham ketika waktu pulang ni.

“Ayah ingat ibu jemput anak dari sekolah, ibu ingat ayah jemput anak dari sekolah. Akhirnya anak keseorangan menanti di sekolah.

“Berlaku anak tidak menunggu di tempat yang sepatutnya. Melilau ibu bapa mencari anak yang rupanya bermain di kantin dan kawasan sekolah.

“Jadi pada hari pertama persekolahan, penting bagi ibu bapa hadir waktu pulang untuk ajar anak menunggu di tempat yang betul dan naik van atau bas sekolah yang tepat,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial kes yang melibatkan murid Tahun Dua sebuah sekolah di Cheras yang dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah.

Kanak-kanak lapan tahun itu bagaimanapun akhirnya ditemui selamat oleh penduduk di sebuah kondominium di Pudu apabila sebuah van sekolah  menurunkannya di kondominium berkenaan.

Kanak-kanak perempuan terbabit sepatutnya dijemput nenek pada jam 5.30 petang dan disedari hilang apabila tidak berada di sekolah.

Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Baca juga: 1 Dari 5 Kanak-Kanak Malaysia Bantut. Buka Sekolah Anak Masih Muat Baju Lama, Kurang Membesar Masa Pandemik 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI