APLIKASI MySejahtera diperkenalkan sejak Mac 2020. Ia dibangunkan kerajaan untuk membantu dalam menguruskan wabak Covid-19 di negara ini.
Pengguna boleh melakukan penilaian kendiri kesihatan ke atas diri mereka dan ahli keluarga serta memantau kemajuan kesihatan sepanjang wabak Covid-19.
Jangan lupa follow kami di Instagram.
Aplikasi itu juga turut sentiasa ditambah baik dengan pengenalan beberapa ciri baru.
Menurut notis itu, kegagalan mengemaskini tarikh lahir ini boleh menyebabkan status vaksinasi akan ditukarkan kepada tidak lengkap vaksinasi atau tidak divaksinasi.
Pihak MySejahtera juga turut mengingatkan pengguna untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi terbaru dalam menikmati ciri-ciri terbaru pada aplikasi terbabit.
Baca juga Kontak Kasual kes positif, MySejahtera tidak lagi bertukar kuning, berikut 5 info perlu tahu
Namun setelah mengemaskini tarikh lahir, barulah statusnya bertukar kepada ‘Fully Vaccinated’ semula.
Justeru, bagi yang belum kemaskini, boleh ikut langkah berikut;
1. Pergi ke halaman"Profil”
2. Tekan pada ikon menu di penjuru atas kanan
3. Pilih"Butiran Peribadi Saya”
4. Kemaskini tarikh lahir anda di ruangan yang disediakan
Ingat, status vaksinasi lengkap tidak akan terpapar di profil MySejahtera sekiranya tidak kemaskini maklumat ini.
Jadi bertindaklah segera ya!
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI