Kontak Kasual kes positif, MySejahtera tidak lagi bertukar kuning, berikut 5 info perlu tahu

A
A
A

SETIAP kali mendaftar masuk atau ‘check-in’ ke mana-mana premis, aplikasi MySejahtera (MySJ) secara automatik akan mengesan korang sebagai Kontak Kasual sekiranya terdapat kes positif.

Susulan itu, paparan sebagai Kontak Kasual berwarna kuning akan terpampang secara rasmi pada MySejahtera.

Bagaimanapun ia tidak lagi akan berlaku pada masa akan datang. Berikut pembaharuan yang dilakukan dan langkah yang perlu diambil apabila disahkan menjadi Kontak Kasual.

1- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan melalui Twitter tiada lagi perubahan status kepada kontak kasual berwarna kuning pada MySejahtera.

2-“ Sebelum ini apabila MySejahtera Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes positif, status di MySejahtera akan bertukar kepada Kontak Kasual (kuning).

3- “Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi,” ciapnya.

4- Khairy menasihatkan kontak kasual yang bergejala perlu bertindak mengasingkan diri dan melakukan ujian kendiri.

5- Di samping itu, beliau turut menyarankan lima langkah Penilaian Kendiri Covid-19 iaitu TRIIS.

TRIIS

1. TEST

Segera lakukan ujian saringan Covid-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan seperti selesema, demam batuk dan lain-lain.

2.REPORT

Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera.

3. ISOLATE

Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dengan penuh disiplin sekiranya didapati positif.

Patuhi perintah Pemerhatian di Rumah (Home Surveillance Order-HSO) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

4. INFORM

Segera maklumkan kepada kontak rapat sekiranya keputusan pengesanan Covid-19 positif.

Memaklumkan kepada pihak berwajib atau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah.

5. SEEK

Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya mengalami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengumumkan pemansuhan prosedur pengasingan bagi kontak rapat.

Kontak rapat kepada kes Covid-19 yang tidak bergejala, dalam kumpulan berumur 18 tahun dan ke atas serta telah menerima dos penggalak, mereka tidak perlu menjalani Perintah Pemantauan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Protokol berkenaan berkuat kuasa pada 1 Mac 2022.

Setakat 28 Februari, 281,714 atau 96 peratus kes aktif menjalani kuarantin di rumah.

Baca juga: Risau Cucuk Hidung Sendiri Ketika 'Swab Test' Di Rumah? Doktor Ini Tunjuk Cara Betul

Baca juga: Bermula 1 Mac, Ini SOP Terkini Kontak Rapat Covid-19

Baca juga: Beli kit ujian kendiri, vaksinasi Covid-19 boleh dapat pelepasan cukai pendapatan hingga RM1,000

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber:"> Twitter Khairykj, Covidnow

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca