Pengguna rasa teraniaya, rangka ayam goreng bazar Ramadan lengkap perut, hempedal tidak dicuci

Iklan
bazar ramadan

BAZAR Ramadan menjadi tumpuan ramai pada bulan puasa. Ia seolah menjadi sebahagian daripada rutin mengunjungi bazar bagi mendapatkan juadah berbuka.

Justeru, penting bagi seorang peniaga untuk menjaga kualiti barangan yang dijual terutamanya bagi peniaga yang menjual makanan.

Iklan
Iklan

Kebanyakan kes keracunan makanan terjadi akibat daripada penyediaan makanan yang tidak selamat. Ini disebabkan oleh sikap cuai dan ambil mudah penyedia makanan.

Iklan

Penyakit yang memudaratkan seperti cirit birit, muntah dan sakit perut yang menjadi salah satu simptom keracunan makanan.

Teknik pengendalian makanan yang salah bukan sahaja boleh menyumbang kepada risiko keracunan makanan. Malah ia boleh mengundang risiko penyakit lain yang berbahaya kepada pemakannya.

Iklan

Baca juga: Hati-Hati! Ini 6 Makanan Yang Selalu Menjadi Punca Keracunan

TIP PENGENDALI MAKANAN

Aspek kebersihan adalah aspek utama yang perlu diberi perhatian lebih oleh para peniaga. Sekiranya para peniaga mengambil enteng aspek kebersihan, pembeli berkemungkinan mengalami keracunan makanan.

Buat para peniaga pastikan anda menerima suntikan typhoid dan mempunyai sijil pengendalian makanan sebelum membuat sebarang penjualan.

Berikut merupakan perkara-perkara asas yang pengendali makanan harus utamakan:

  • Kebersihan bahan mentah.
  • Kebersihan diri pengendali makanan.
  • Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
  • Pengendali makanan yang bersih.
  • Keperluan kesihatan asas yang mencukupi.
  • Reka bentuk premis makanan dan peralatan yang sesuai.
  • Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.

 

RANGKA AYAM TIDAK DIBERSIHKAN

Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter, seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap rangka ayam yang dibeli oleh bapanya di bazar Ramadan.

Menurut wanita itu bapanya hilang kata-kata sejurus melihat rangka ayam yang dibeli sebagai juadah berbuka itu.

"Disebabkan ayah terlalu penat bekerja, dia hanya tergamam melihat keadaan rangka ayam itu dan hanya menyebut Allahuakbar,” katanya.

Lebih mengejutkan apabila rangka ayam yang telah digoreng itu penuh dengan isi perut ayam yang tidak dibersihkan.

"Tak siang ke? Tengoklah hempedal pun tidak dicuci. Semata-mata rangka celup tepung,” tambahnya.

Wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa dan menganggap apa yang berlaku satu penganiayaan terhadap pengguna.

Menerusi ciapan yang sama, wanita berkenaan meminta para peniaga bazar untuk memastikan makanan yang ingin dijual itu mematuhi tahap piawaian kebersihan yang sepatutnya.

Wanita berkenaan juga ada menjelaskan perkongsian itu bukan untuk menjatuhkan peniaga tetapi hanya sekadar peringatan buat pengguna yang lain.

Tambahnya, dia beranggapan bahawa peniaga itu ‘terlepas pandang’ terhadap ayam yang tidak dicuci dengan bersih itu.

Baca juga: Seronok Membeli Juadah Berbuka Di Bazar, Awas Risiko Keracunan!

Baca juga: Keracunan Makanan: Doktor Kongsi 7 Cara Elak Bakteria Salmonella Pada Kulit Telur

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI