Kartunis Ninja Hattori, Fujiko A. Fujio meninggal dunia pada usia 88 tahun

Iklan
Kartunis Ninja Hattori, Fujiko A. Fujio meninggal dunia pada usia 88 tahun

FUJIKO A. Fujio, kartunis Jepun yang terkenal dengan siri manganya Ninja Hattori, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Kyodo News, selain kartun Ninja Hattori yang popular di Malaysia, Abiko juga terkenal dengan karya-karyanya seperti Kaibutsu-kun (The Monster Kid) yang turut dihasilkan dalam siri anime tersebut.

Motoo Abiko bekerja dengan rakan zaman kanak-kanaknya Fujiko F. Fujio atau nama sebenarnya Hiroshi Fujimoto, mendiang pencipta siri kartun terkenal Doraemon.

Iklan

Baca juga Perkahwinan Hyun Bin ‘direstui’ peminat seluruh dunia, berikut 5 lakonan ‘oppa Hyun Bin’ wajib tonton

Iklan

Menurut laporan News Straits Times, penyiar TBS berkata Fujiko A. Fujio alias Abiko ditemui meninggal dunia di luar rumahnya pada Khamis.

Polis tidak mengesahkan laporan itu kepada AFP, tetapi barisan artis Jepun dan mereka di belakang produksi anime memberi penghormatan kepada kartunis mendiang di Twitter.

Anime ini pernah disiarkan di ntv7 dan kini disiarkan di Astro Ceria.

Siri ini mengisahkan seorang pelatih ninja kanak-kanak bernama Hattori Kanzō dari puak Iga bersama adiknya Shinzō dan anjingnya Shishimaru yang dipindahkan dari wilayah Iga ke Tokyo lalu tinggal bersama Ken'ichi Mitsuba dan keluarganya.

Sumber: Tribunnews

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI