Perkahwinan Hyun Bin ‘direstui’ peminat seluruh dunia, berikut 5 lakonan ‘oppa Hyun Bin’ wajib tonton

A
A
A

SEMALAM telah pun berlangsung perkahwinan merpati dua sejoli Hyun Bin dan Son Ye Jin.

Pernah membintangi filem dan drama bersama akhirnya mereka memilih untuk mengikat ikatan perkahwinan selepas dikhabarkan bercinta sewaktu berlakon bersama dalam Crash Landing on You (CLOY).

Penangan drama CLOY membuatkan para peminat seluruh dunia mengharapkan mereka benar-benar bercinta dan berkahwin.

Sehinggakan ada yang menggelar pasangan itu dengan gelaran ‘BinJin’.

Siapa sangka perkara yang diharapkan oleh para peminat akhirnya benar-benar terjadi!

Drama CLOY merupakan drama wajib ditonton oleh peminat drama korea kerana drama ini mencatat rating tontonan yang tinggi.

Buat mereka yang baru ingin berjinak-jinak untuk menonton drama korea, berikut lima drama lakonan ‘oppa’ Hyun Bin.

Baca juga: Kapten Ri, Yoon Seri bakal berkahwin Mac ini, 'hashtag' #CrashLandingOnYou trending

1. CRUSH LANDING ON YOU

Cerita ini berkisahkan tentang seorang anak jutawan Korea Selatan, Yoon Se-ri (Son Ye Jin). Se-ri memiliki empayar perniagaan sendiri telah tersadai di Korea Utara disebabkan oleh perkara tidak diingini berlaku. Akibat daripada itu, kehadiran Se-ri disedari oleh askar Korea Utara Ri Jeong Hyeok (Hyun Bin) dan bermulalah episod Jeong Hyeok membantu Se-ri untuk keluar dari Korea Utara.

Drama ini menerima hadiah utama The Korea Communications Commission Broadcasting Awards 2021.

2. SECRET GARDEN

Kim Joo-Won (Hyun Bin) merupakan pengerusi Leol Department Store milik keluarganya. Gil Ra-im (Ha Ji-won) adalah seorang gadis miskin. Hubungan mereka bermula selepas Joo-Won membawa Ra-im ke lokasi penggambaran bagi menggantikan Park Chae-Rim (Baek Seung-hee). Ra-im telah diberikan layanan yang teruk oleh kru produksi sehingga melukakan dirinya.

Drama ini menerima anugerah drama terbaik di Baeksang Arts Awards 2011.

3. CONFIDENTIAL ASSIGNMENT

Filem ini berkisahkan tentang penyiasatan khas oleh pasukan Korea Utara yang diketuai oleh Im Cheon-ryung (Hyun Bin) dalam usaha menangkap penjenayah, Cha Ki-seong (Kim Joo-hyuk) yang melarikan diri ke Korea Selatan. Usaha untuk menangkap penjenayah ini telah dibantu oleh penyiasat dari Korea Selatan, Kang Jin-tae (Yoo Hae-jin).

Filem ini menerima kutipan box office sebanyak USD$57 juta (RM239.94 juta)

4. MEMORIES OF THE ALHAMBRA

Cerita ini merupakan cerita cinta antara seorang pengerusi, Yoo Jin-Woo (Hyun Bin) yang taksub untuk menghasilkan permainan video. Jin Woo telah pergi ke Granada, Spain dan menginap di sebuah hotel yang dijalankan oleh Jung Hee-joo (Park Shin-hye). Sepanjang keberadaan Jin-woo di Granada telah menyebabkan pelbagai perkara pelik yang berlaku.

Penulis skrip mendedahkan bahawa cerita ini diinspirasikan oleh permainan Pokemon Go.

5. MY LOVE SAM SOON

Cerita ini memaparkan kisah Kim Sam-soon (Kim Sun-ah) yang mempunyai kemahiran dalam pembuatan kuih dan kek. Akibat perbuatan curang kekasihnya Min Hyun-woo (Lee Kyu-han),Sam-soon juga kehilangan pekerjaan. Secara tidak sengaja dia bertemu dengan Hyun Jin-hun (Hyun Bin) yang merupakan pemilik Bon Appetit. Jin-hun telah menawarkan pekerjaan kepada Sam-soon sebagai ketua pembuat roti.

Drama ini menerima anugerah hadiah utama di Baeksang Arts Awards 2006

Hyun Bin atau nama sebenarnya Kim Tae-pyoung memulakan kerjaya pada tahun 2003 dan mempunyai nilai kekayaan USD$21 juta (RM113.66 juta).

Sumber: Pinkvilla

Baca juga: Majlis Kahwin 'Trending' Di Sosial Media, Berikut 10 Fakta Ringkas Pernikahan Hyun Bin, Son Ye Jin

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca