PENULARAN virus Covid-19 di seluruh dunia bukan sahaja menjejaskan tahap kesihatan di seluruh negara, bahkan ia turut membuatkan masyarakat takut untuk berada di tempat umum.
Bukan sahaja warga emas menjadi individu yang berisiko, tetapi kanak-kanak juga terdedah kepada hal sama.
Meskipun keadaan negara yang sedang berusaha ke peralihan fasa endamik, namun tetap ada ibu bapa yang risau sekiranya anak mereka dijangkiti virus itu.
Baca juga: Tabiat makan makanan bergoreng mampu mengancam nyawa ketahui 4 bahaya menanti
Baca juga: Syarat anak kecil orang tua dan ibu hamil jika mahu berpuasa ini yang perlu anda tahu
[caption id="attachment_78418" width="800"] Dr Nur Shasa Ain Abdul Aziz[/caption]
Bagi mengatasi kebimbangan tersebut, Dr Nur Shasa Ain Abdul Aziz memperkenalkan makanan tambahan SuperOla Immu B+ menerusi kempen Kids' Safe Travel.
Pakar Audiologi itu berkata, makanan tambahan tersebut dapat membantu kanak-kanak untuk mendapatkan diet seimbang lebih-lebih ketika mengambara.
"Bukan untuk mengembara semata-mata, makanan tambahan tersebut juga sesuai untuk diambil ketika keluar bersiar-siar pada hujung minggu atau pulang ke kampung untuk berhari raya dan ia juga boleh diambil bagi kanak-kanak yang sudah pun ke sekolah.
"Ini juga bertujuan untuk mempromosikan aktiviti pelancongan dan mengembara dengan selamat melalui kempen Kids’ Safe Travel yang mana kita masih boleh membawa anak-anak keluar dan pada masa sama dapat menguatkan lagi sistem imunisasi mereka dengan makanan tambahan," terang beliau ketika majlis perasmian baru-baru ini.
Perkara tersebut turut mendapat sokongan daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.
[caption id="attachment_78420" width="800"] SuperOla Immu B+[/caption]
Beliau menyifatkan usaha tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk memulihkan sektor pelancongan dan kebudayaan negara.
"Apabila menyentuh mengenai topik kesihatan selalunya kita kaitkan dengan perubatan, namun Kempen Kids’ Safe Travel adalah kempen yang lebih kepada memupuk budaya pencegahan agar pergerakan kita lebih selamat dan terkawal.
"Melalui kempen itu juga kita mengharapkan agar dapat menguatkan institusi kekeluargaan melalui pelancongan di dalam negeri bersama anak-anak sambil mempelajari budaya, sains, seni dan alam semula jadi yang sangat istimewa," tambahnya.
Pada tahun 2019, jumlah kemasukkan pelancong ke negara ini mencatat sebanyak 26 juta.
Bagaimanapun hanya sejumlah 4.3 juta dicatatkan sejak 2020.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI