SIAPA yang tidak gemar makan makanan bergoreng? Sejak kecil lebih-lebih lagi ketika di alam persekolahan sekolah, kita sudah didedahkan dengan makanan jenis itu.

Masakan tidak, kerangupan makanann yang dimasak sempurna sudah cukup untuk membuka selera.

Namun, amalan tersebut seharusnya dikurangkan lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.

 

Baca juga: Sesuaikah minum kopi ketika berbuka dan bersahur berikut penjelasan pakar kimia

Baca juga: Kenali 5 keadaan mata yang-perlu diberi perhatian kalau tak berhati-hati boleh terkena radang atau cincin putih

 

Menurut info CNN Indonesia, makanan bergoreng memiliki kandungan kalori yang tinggi termasuk lemak tepu.

Sebagai contoh, 100 gram(g) kentang yang dipanggang memiliki 93 kalori dan 0 gram lemak.

100g kentang goreng mengandungi 313 kalori dan 17 gram lemak.

Situasi itu berbeza dengan 100g kentang goreng mengandungi 313 kalori dan 17 gram lemak.

Tidak hanya itu, berdasarkan satu kajian kesihatan 2019, tabiat pengambilan makanan bergoreng dapat meningkatkan risiko kematian dan penyakit kronik.

Hal itu dipersetujui oleh Medical News Today yang mengatakan makan bergoreng menyebabkan seseorang terdedah kepada penyakit jantung dan diabetes.

Justeru berikut penjelasan dan impak bahaya yang menanti jika amalan makan bergoreng terus dilakukan:

1. Kesihatan jantung

Bagi yang menggemarinya, tabiat ini perlu dikurangkan kerana ia dapat meningkatkan tekanan darah, kolesterol dan risiko obesiti.

Hal ini kerana semakin kerap anda makan makanan bergoreng, semakin ‘cerah’ peluang untuk terkena penyakit jantung.

Satu kajian turut menyokong perkara itu dengan mengatakan mengambil satu atau lebih ikan goreng setiap minggu dikhuatiri mengakibatkan risiko kegagalan jantung sebanyak 48 peratus lebih tinggi.

Berbeza pula dengan mereka yang hanya mengambil satu hingga tiga ikan bergoreng setiap bulan.

2. Diabetes

Hati-hati! Tabiat ini turut akan mengakibatkan seseorang terdedah kepada risiko terkena diabetes tahap dua.

Difahamkan, individu yang mengambil makanan siap masak dua kali per minggu akan menyebabkan kandungan insulin meninggkat dua kali ganda.

3. Obesiti

Memandangkan makanan bergoreng dapat meningkatkan jumlah kalori, ia secara tidak langsung mendedahkan anda kepada kenaikan berat badan.

Iklan

Kandungan lemak tepu yang tinggi akan mempengaruhi hormon sehingga mengakibatkan keinginan untuk makan membuak-buak.

Ia mengakibatkan seseorang menjadi ‘ketagih’ untuk mengambil makanan bergoreng secara berterusan.

4. Kimia berbahaya

Keenakan makanan bergoreng memang tidak dapat dinafikan, tetapi harus berhati-hati dengan risiko kandungan kimia.

Makanan bergoreng akan mengakibatkan tindak balas kimia iaitu akrilamida.

Menurut Healthy Food Near Me, akrilamida merupakan bahan kimia yang terhasil daripada makanan seperti kentang, kopi dan bijirin.

Tindak balas akan berlaku ketika makanan tersebut dimasak pada suhu 120ºC dan ke atas.

Iklan

Perkara berkenaan akan mengakibatkan seseorang terdedah kepada penyakit bahaya seperti barah.

Oleh itu, jaga kesihatan dengan baik. Bagi mengelakkan pengambilan makanan bergoreng, cuba amalkan kaedah lain seperti bakar, panggang atau rebus.

Sebaiknya jaga kesihatan dengan baik agar tidak menyesal di kemudian hari.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI