SUDAH menjadi kebiasaan bagi wanita mahu diri sentiasa tampil cantik. Bagi masyarakat di Asia, memiliki kulit putih menjadi idaman ramai.
Bukan hanya di negara kita, wanita di negara Asia Tenggara, Asia Timur hingga Asia Selatan juga mengidamkan kulit lebih cerah. Terobsesi untuk tampil cerah, pelbagai cara dilakukan seperti suntikan vitamin C, memakan ubat pemutih hingga sanggup melalui proses ‘bleaching’.
Baca juga: Asyik makan ubat bila sakit? Ingat! Jangan sampai merosakkan buah pinggang. Ini penjelasannya
Suntikan vitamin C atau dikenali sebagai ‘whitening drip’ antara kaedah yang popular bagi wanita yang begitu taasub mahu kelihatan cerah tanpa memikirkan kesan buruknya.
Menerusi tinjauan SinarPlus, produk cecair suntikan yang digunakan mudah didapati di dalam portal e-dagang dengan harga sekitar RM100 hingga RM880 bagi satu set 10 botol.
[caption id="attachment_78460" width="800"] Gambar hiasan.[/caption]
Cecair berkenaan perlu dilarutkan ke dalam larutan saline sebelum disuntik kepada pegguna. Ia dikatakan kononnya dapat mencerahkan kulit, menjadikan kulit berseri dan kemerah-merahan serta menghilangkan parut. Kesannya dapat dilihat selepas hanya tiga hari!
Kementerian Kesihatan Malaysia pernah mendedahkan tidak ada produk vitamin C yang didaftarkan dalam bentuk suntikan dan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengambilnya.
Hakikatnya, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyuntik vitamin C dalam dos yang tertentu kepada tubuh dan ia perlu dirujuk pegawai perubatan terlebih dahulu bagi mengetahui risiko yang boleh terjadi semasa pengambilan suntikan berkenaan.
Baca juga: [VIDEO] Warna kulit berubah akibat produk pencerah, adakah ia ibarat mengubah ciptaan ALLAH?
KESAN BURUK SUNTIKAN VITAMIN C
Dalam kuantiti yang banyak, vitamin C boleh memudaratkan diri pengguna. Sekiranya vitamin C terlalu tinggi, badan anda akan menyerap terlalu banyak zat besi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.
Tambahan lagi, jika anda mempunyai anemia, suntikan vitamin C dalam dos yang tinggi dapat menimbulkan risiko hemolisis.
Menurut kajian dari Lippincott Williams & Wilkins, menyuntik vitamin C lebih daripada 30 gram boleh menyebabkan seseorang mengalami hipertensi.
Penggunaan Vitamin C pada dos yang tinggi mungkin boleh menyebabkan cirit-birit, loya, muntah, kembung perut dan kekejangan. Malahan keadaan yang lebih teruk boleh terjadi jika suntikan ini diambil oleh pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang, kerana ia akan menyebabkan kegagalan buah pinggang mereka untuk berfungsi.
Lebih membahayakan lagi apabila ia individu tidak bertauliah berbanding individu bertauliah seperti para doktor, penolong pegawai perubatan atau jururawat.
Namun, perkara ini tidak bermaksud para doktor, penolong pegawai perubatan dan jururawat dibenarkan untuk memberikan menyediakan perkhidmatan suntikan Vitamin C. Tambahan pula, di Malaysia, tiada suntikan Vitamin C untuk tujuan kosmetik sebagai anti-penuaan, agen pemutih dan anti-kedutan yang berdaftar atau mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (ARFN). Jangan kerana ingin kelihatan jelita diri menjadi derita!
TERIMA AJAKAN KAWAN
Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ladyvin_official berkongsi kesan daripada ketaasubannya mengambil ‘drip whitening’ untuk kelihatan lebih cerah.
Perkongsian itu bertujuan memberikan kesedaran kepada golongan wanita agar tidak mengambil jalan pintas untuk kelihatan cerah.
Menurutnya, segalanya bermula apabila dia diajak rakan untuk melakukan prosedur kecantikan itu sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit kanser payudara.
"Nasihatku buat kalian jangan suntik whitening drip ini.
"Bukan senang kimoterapi. 14 hari je rambut gugur.
"Aku kena kuat dari seorang cantik di usia 40-an, aku jadi hodoh sekelip mata,” titipnya.
@ladyvin_official menjelaskan dia melalui kimoterapi pada tahun 2019 pembedahan masektomi sehingga perlu menjalani fisioterapi untuk berjalan kembali.
"Dengar nasihat ku, hendak cantik biar dengan cara selamat. Jangan mudah terpengaruh nak cantik nak putih, apa yang ALLAH beri syukurilah,” titipnya.
Menerusi ruangan komen, warga maya memberikan sokongan buatnya agar terus pulih dari kanser. Rata-rata bersetuju bahawa produk-produk memutihkan kulit dan 'whitening drip' membahayakan kesihatan.
ROSAK BUAH PINGGANG
JANGAN PERJUDIKAN NYAWA
MENINGGAL GARA-GARA PRODUK KURUS
KESAN SAMPINGAN BERBAHAYA
Baca juga: [VIDEO] Gara-gara abaikan makan ubat cacing, gadis ini dedah hampir buta pada usia 17 tahun
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI