SEMPENA meraikan sambutan Hari Ginjal Sedunia pada 10 Mac lalu, apa kata kita kongsikan tentang penjagaan gingal atau buah pinggang.

Memetik perkongsikan alodokter.com, antara fungsi buah pinggang adalah untuk menapis darah, kandungan racun atau garam berlebihan.

Pada masa sama, organ itu juga berperanan menyeimbangkan air dalam badan dan merangsang sel darah merah menghasilkan lebih oksigen ketika seseorang mengalami kekurangan oksigen.

Baca juga: Lebih 17000 bakteria di dalam sinki itu sebab kita tak digalakkan basuh bahan mentah di situ

Pendek kata, buah pinggang memang banyak banyak berjasa kepada manusia.

Jadi, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memeliharanya daripada rosak.

Antaranya kita wajib mempraktikkan amalan gaya hidup sihat dan pemakanan yang berkhasiat begitu juga dengan ubat-ubatan.

Bercakap fasal ubat, kalau tidak kena tempat, pengambilan secara berlebihan dan tidak mengikut preskripsi boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.

Berdasarkan laporan CNN Indonesia, Pakar Perubahan Nefrologi, Aida Lydia menegaskan, pengambilan ubat untuk jangka masa panjang akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

“Walaupun tidak semua ubat akan menyebabkan begitu, tetapi jika ia diambil untuk masa yang lama akan mengakibatkan kegagalan fungsi ginjal,” katanya.

Beliau juga mengatakan, pesakit dirawat oleh doktor biasanya kan menerima jumlah ubat yang betul dan bersesuaian.

Namun, terdapat juga ubat-ubatan yang akan menyebabkan kerosakan ginjal. Berikut penjelasan.

1. Ubat tahan sakit

Penggunaan painkiller atau ubat tahan sakit hanya disarankan untuk digunakan pada waktu tertentu sahaja.

Hal ini dibimbangi akan merosakkan buah pinggang jika diambil untuk tempoh masa yang lama.

Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui ketepatan pengambilan ubat bagi mengelakkan kemudaratan.

2. Terlebih vitamin

Pengambilan makanan tambahan baik untuk membantu meningkatkan kualiti imunisasi badan.

Antara vitamin yang diperlukan lebih-lebih lagi ketika musim Covid-19 melanda ialah vitamin C dan D.

Makan mengikut keperluan sahaja dan jangan terlalu terikut-ikut dengan amalan individu lain.

3. Antibiotik

Antibiotik merupakan ubat yang digunakan untuk mengatasi jangkitan bakteria dalam badan.

Iklan

Fungsinya untuk menghalang pertumbuhan dan membunuh sel bakteria yang mampu menjejaskan kesihatan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa antibiotik seperti aminoglikosida, sefalosporin amforisin B dan bacitracin yang mampu menjejaskan kualiti buah pinggang.

4. Ubat larangan

Murah dan kononnya dipercayai mujarab antara teknik penjualan ubat tiruan. Namun, impaknya memang teruk. Elakkan diri daripada membeli, apa lagi memakannya.

5. Ubat gastrik

Ketepatan waktu makan baik untuk kesihatan begitu juga dengan pengambilan jumlah makanan agar bersesuaian dengan jumlah kalori yang diperlukan.

Bagaimanapun, kesibukan kerja atau melakukan aktiviti lain menyebabkan kita terlupa untuk makan.

Iklan

Hal ini akan mengakibatkan gastrik. Namun, pengambilan yang kerap secara berlebihan akan mengakibatkan kerosakan buah pinggang.

Justeru, apa yang dapat SinarPlus simpulkan, tidak hanya buah pinggang sahaja, malah organ-organ lain perlu dijaga.

Tak salah nak makan itu dan ini, tetapi janganlah berlebihan. Bab ubat pula, sila ikut nasihat doktor.

Hargai kesihatan tubuh badan yang TUHAN kurniakan dan jangan mempersia-siakannya.

Jangan ambil sambil lewa kerana takut menyesal pada kemudian hari nanti.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Jika masih banyak kemusykilan elok berjumpa doktor untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram