Bella cedera akibat disimbah air panas, ini tahap dan tanda kecederaan akibat melecur

Iklan
bella burn

TIDAK dapat membayangkan kesakitan yang dialami Bella sejurus air panas disimbah pada luka Bella yang masih bernanah.

Walaupun hanya menggunakan air panas daripada ‘water heater’, tindakan itu masih boleh menyebabkan kulit terbakar dan melecur.

Iklan
Iklan

Kulit melecur terbahagi kepada tiga tahap dan ini tanda tahap kebakaran/melecur yang patut diketahui.

Iklan

[caption id="attachment_79002" width="800"] Kredit foto: A.D.A.M[/caption]

Tahap Satu- Kecederaan hanya melibatkan luar kulit.

Iklan

Tanda kecederaan tahap satu:

Kecederaan melibatkan epidermis kulit (bahagian paling luar kulit).

Kulit akan berubah menjadi kemerahan.

Permukaan kulit menjadi kering.

Tiada pembentukan lepuh.

Bahagian epidermis menggelupas.

Bahagian yang terkena mungkin akan membengkak.

Berasa sakit di bahagian yang terlibat.

Mangsa merasa sakit apabila disentuh .

Tahap Dua - Kecederaan menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan.

Tanda kecederaan tahap dua:

Kecederaan melibatkan lapisan luar dan bawah kulit.

Bahagian yang tercedera akan berubah menjadi warna putih atau merah ceri,

Bahagian luka menjadi lembab.

Pembentukan lepuh pada bahagian luka.

Mangsa merasa sangat sakit pada bahagian luka.

Baca juga: 7 Kenyataan Saksi Kes Bella Buat Ramai Terkedu, Che Puan Besar Khaleeda Ikrar Bantu Tuntut Keadilan

Tahap Tiga - Kecederaan menyebabkan semua lapisan kulit termasuk lapisan otot atau tulang mengalami kerosakan.

Tanda kecederaan tahap tiga:

Kecederaan melibatkan kesemua lapisan kulit termasuk lapisan lemak.

Bahagian yang tercedera akan menjadi kering.

Berlaku pendarahan pada bahagian luka.

Bahagian yang tercedera akan berubah menjadi warna kelabu atau hitam.

Mangsa mungkin berasa sedikit sakit atau tiada kesakitan langsung kerana kerosakan saraf.

Kecederaan akibat melecur seharusnya dirawat dengan segera supaya dapat mengelak daripada jangkitan kuman.

Sekiranya berhadapan dengan kemalangan yang mengakibatkan kulit terbakar mahupun melecur, pastikan bahagian tercedera disejukkan dengan menggunakan air paip selama 10 minit.

Tutup bahagian yang tercedera dengan menggunakan kain atau plastik bersih.

Bawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut dengan segera.

Semoga bermanfaat!

Sumber: MyHealth

Baca juga: #SiBibirMerah Isu Perbicaraan Kes Tragis Bella Makin Panas, TMJ Tawar Peguam Pemerhati Percuma

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI