ISU penderaan remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Bella, 13, yang merupakan penghuni rumah kebajikan, Rumah Bonda cedera teruk dipercayai didera fizikal serta emosi oleh pengasuhnya.

Kisah menyentuh hati anak istimewa itu menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang mana rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella sehingga mewujudkan tanda pagar #justiceforBella di laman sosial sejak Julai tahun lalu.

Baca juga: #Justiceforbella Tuntut Keadilan Adik Sindrom Down, Disyaki Didera Tangan, Dada Melecur

Perbicaraan kes Bella yang didakwa telah didera oleh Siti Bainun Ahd Razali, 30, Pengasas Rumah Bonda telah berlangsung mulai 30 Mac dan keterangan yang diberikan oleh saksi amat mengejutkan, mendukacitakan serta telah mendapat liputan meluas di media sosial.

Antara kenyataan saksi ialah seperti berikut;

1-Kenyataan saksi bahawa semasa tertuduh memandikan Bella, dia minta saksi ambil air panas, dia simbah dekat luka Bella yang masih bernanah.

2-Saksi juga diarahkan tertuduh untuk menggigit perut Bella kerana Bella tidak mengikuti arahan tertuduh untuk berdiri.

3-Bukan itu sahaja, tertuduh turut menggunakan kepala ‘water heater’ yang tengah panas dan ditekap ke dada Bella sebelum menyimbah air panas sehingga membuatkan remaja itu terberak.

 

4-Selain itu saksi memaklumkan tertuduh telah menyuruh Bella mengambil dan memakan najisnya. Pada permulaannya Bella enggan telah diugut diletak cili pada luka-lukanya akur mengikuti arahan tertuduh.

5-Lebih memilukan, saksi turut memberitahu Bella diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu dan tidak dibenarkan minum air selama beberapa hari kerana tidak mendengar cakap pengasuhnya.

6-Mahkamah Sesyen diberitahu Bella diberi makan nasi dengan cuka, kunyit, kicap, cili dan ayam goreng busuk pada bulan puasa.

7-Menurut saksi, Bella didera pada setiap malam selama hampir empat bulan dari Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

Ramai yang hadir memberikan sokongan ketika perbicaraan kes berprofil tinggi ini termasuk sukarelawan yang sejak awal memperjuangkan kes Bella iaitu usahawan Mona Din, penyanyi Fynn Jamal dan Dr Malar Santhi Santherasegapan.

Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, YM Che Puan Besar Khaleeda Bustamam menyatakan ikrar menuntut keadilan ke atas Bella.

Baca juga: 5 kes jenayah paling kejam, menyayat hati sepanjang 2021

Iklan

Berkongsi di laman sosial Instagram, pada ruangan Insta Story Che Puan Besar Khaleeda berhasrat untuk melakukan apa sahaja dengan kuasa yang dimiliki bagi memastikan keadilan kes Bella ditegakkan.

“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya,” titipnya.

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” titipnya.

Baca juga: Che Puan Khaleeda Manis, Elegan Berbaju Kurung Songket Tabur

 

Iklan

Baca juga: Pengasuh Adam Rayqal dihukum penjara enam tahun, berikut kronologi kes

Pengasuh Bella, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan remaja itu mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tidak sanggup rasanya mendengar satu persatu pembongkaran daripada saksi. Ia seolah-olah tindakan di luar batas kemanusiaan. Semoga keadilan dapat ditegakkan.

Baca juga: 5 tanda anak mungkin didera, ibu bapa tolong peka

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI