Bermanfaat! Wanita pecah hasil tabungan bersama suami untuk sambut raya buat ramai kagum

Iklan
Bermanfaat! Wanita pecah hasil tabungan bersama suami buat sambut raya buat ramai kagum

"SEDIKIT-sedikit, lama-lama jadi bukit." Itu peribahasa yang paling tepat untuk menggambarkan dengan tabiat menabung.

Iklan
Iklan

Menabung memberikan pelbagai manfaat. Lebih-lebih lagi ketika berhadapan masalah yang memerlukan wang.

Seperti kisah seorang wanita yang dikongsi di laman TikTok, hasil pecah tabung simpanan bersama suami untuk kegunaan persiapan hari raya mencuri perhatian ramai.

Iklan

Menerusi video yang dimuat naik @chientamulaien, kelihatan suaminya sedang gigih membuka tabung tersebut.

Iklan

Kegigigahan mereka menabung bersama buat ramai kagum. Difahamkan, mereka suami isteri menggunakan duit lebihan berniaga untuk masuk ke dalam tabung tersebut.

Ujarnya lagi, menabung amat memberikan manfaat di kala memerlukan dan apa yang penting tidak perlu meminjam.

Baca juga Tiap malam menjerit, tak lena tidur, keadaan Bella di wad buat ramai tersentuh

Dia juga turut mengajak pengikutnya untuk sama-sama menabung kerana sekurang-kurangnya kelak mereka akan mempunyai wang simpanan ketika memerlukan.

Dalam pada itu, tabiat menabung ini memang patut dipupuk sejak usia kecil lagi. Ia amat penting untuk dipraktikkan dalam hidup.

Antara kelebihannya;

1. Dapat dijadikan simpanan untuk masa hadapan.

2. Bekalan wang untuk kegunaan ketika kecemasan.

3. Mengelak daripada boros dan membazir.

4. Dapat dijadikan contoh tauladan kepada anak-anak.

5. Dapat dijadikan sebagai bank kecil tanpa perlu meminta wang daripada pihak lain.

6. Menjalinkan hubungan baik sesama manusia kerana semua menabung.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI