KEGANASAN mengikut WHO (World Health Organisation) ditafsirkan sebagai (dengan sengaja) menggunakan kekerasan atau kekasaran, ancaman atau benar-benar terhadap diri sendiri, orang lain, atau terhadap satu kumpulan atau komuniti sama ada mengakibatkan atau mempunyai kemungkinan yang tinggi menyebabkan kecederaan, kematian, gangguan emosi, terbantut tumbesaran atau kesusahan.

Menurut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), tafsiran “kanak-kanak” adalah:

Seseorang yang di bawah umur 18 tahun; dan berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam Seksyen 82 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Penderaan kanak-kanak ialah istilah yang merangkumi layanan buruk kepada seseorang kanak-kanak.

Ia termasuk serangan fizikal dan seksual yang serius dan juga kes-kes di mana tahap penjagaan tidak mencapai jangkaan yang munasabah. “HM Government (2006) Working Together to Safeguard Children : A guide to inter-agency working to safeguard and promote the welfare of children” yang mengklasifikasikan penderaan kanak-kanak kepada empat kategori yang luas iaitu

-Penderaan fizikal
-Penderaan seksual
-Penderaan emosi
-Pengabaian

Baca juga: #Justiceforbella Tuntut Keadilan Adik Sindrom Down, Disyaki Didera Tangan, Dada Melecur

Gambar hiasan

Keganasan menyebabkan kanak-kanak berasa keliru, sedih, marah dan takut.

Cara mereka menyatakan perasaan masing-masing bergantung kepada umur dan tahap pembesaran mereka. Perasaan bayi dan kanak-kanak kecil digambarkan dalam tingkah laku mereka.

CENDERUNG ALAMI PTSD

Menurut MyHealth, Mangsa penderaan kanak-kanak mungkin mengalami gangguan tekanan selepas trauma “post-traumatic stress disorder” (PTSD). Ia dapat di dikesan oleh ibu bapa atau penjaga. Antara ciri PTSD yang dialami mereka adalah seperti berikut;

  • Kanak-kanak tersebut selalu menyendiri
  • Tidak bermaya untuk belajar dan hidup
  • Kelihatan termenung dan selalu berangan
  • Kanak-kanak mungkin mencari jalan keluar dengan penglibatan dalam penyalahgunaan dadah
  • Menunjukkan fobia (takut dalam keadaan tertentu)
  • Mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan di sekeliling
  • Kelihatan murung

Kanak-kanak yang pernah didera mungkin berkelakuan seolah-olah kejadian berulang dan mengalami mimpi ngeri yang tidak ketahuan. Pada peringkat ini kanak-kanak mungkin berasa takut bahawa pendera akan datang semula untuk mengulangi penderaan tersebut.

Ternyata kesan penderaan memberikan kesan emosi yang teruk. Remaja Sindrom Down, Bella juga dikatakan turut mengalami trauma setelah menghadapi tempoh penderaan dan pengabaian berbulan-bulan lamanya.

Baca juga: 7 Kenyataan Saksi Kes Bella Buat Ramai Terkedu, Che Puan Besar Khaleeda Ikrar Bantu Tuntut Keadilan

Baca juga: #justiceforbella: Warganet lega adik Bella selamat di Seremban, pemilik rumah kebajikan ditahan polis

MENJERIT, TAK LENA TIDUR

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsi seorang jururawat yang menjaga Bella, 13, semasa anak syurga itu dirawat di hospital.

Menerusi laman tersebut yang dimuat naik ke laman sosial TikTok memaparkan remaja berkenaan dirawat.

Kata jururawat berkenaan, Bella seorang anak yang baik tetapi masih takut-takut untuk bertemu orang.

“Tiap malam Bella akan menjerit, dia tak akan lena tidur. Tak boleh dengar bising, setiap malam kena monitor dia. Kadang kena tepuk, zikir sikit baru dia boleh tidur,” titip jururawat terbabit.

Baca juga: #SiBibirMerah Isu Perbicaraan Kes Tragis Bella Makin Panas, TMJ Tawar Peguam Pemerhati Percuma

BUDAK PANDAI

Tambahnya, remaja istimewa itu mesra dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

“Tiap kali kerja dia mesti tolong. Semua makcik sini kenal dia.

Iklan

“Bila settle kerja lain, ada waktu lapang sikit, mesti layan dia. Kalau tak dia tarik tangan nangis-nangis. Dia perlukan perhatian lebih. Bella budak pandai, sangat pandai.

“Dia boleh faham, suka menulis. Ramai hadiahkan Bella buku, alat tulis, patung beruang, makanan. Terima kasih.

“Semasa dia discaj, Alhamdulillah dorang datang ambil. Bella nampak happy. Tapi kes masih berjalan. Semoga urusanmu dipermudahkan sayang,” titipnya.

Menerusi video berkenaan, turut kelihatan luka-luka pada tangan dan muka Bella.

@malaysianupdatenews #justiceforbella #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ Cinta Sampai Mati – Kangen Band

Warganet sebak dan tersentuh mengikuti paparan video berkenaan. Ramai yang mengaku turut menitiskan air mata.

Bagaimanapun, dalam tinjauan SinarPlus, video berkenaan telah dipadamkan. Pun begitu, rakaman berdurasi 1 minit 11 saat itu telah dimuat turun warga maya dan dikongsikan di pelbagai platform media sosial.

Iklan

Kes Bella yang dipercayai diderap pengasuh menjadi tular pada Julai 2021.  Difahamkan selepas diselamatkan dan dirawat, Bella ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.

Terkini, perbicaraan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahmad Razali sedang berjalan.

Sama-sama kita doakan agar perbicaraan kes Bella berjalan lancar dan nasib anak syurga itu terbela.

Baca juga: Bella cedera akibat disimbah air panas, ini tahap dan tanda kecederaan akibat melecur

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Kredit video: Malaysian Updates