UMUM maklum bahawa ramai yang telah berjaya menerima Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pengeluaran khas bernilai RM10,000 itu ternyata amat memberi manfaat dan ibarat 'penyambung hidup' buat rakyat yang sangat memerlukan.
Jangan lupa follow kami Instagram!
Tampil meluahkan rasa syukur, seorang pengguna media sosial, Eyka @hello_eyka mendedahkan dia dan suami dengan menggunakan kemudahan yang diberikan, akhirnya mereka sekeluarga merasa memiliki sebuah kenderaan berbumbung walaupun hanya Kancil.
Baginya, ia amat cukup memberikan makna besar buat keluarga mereka kerana selama ini hanya bergantung kepada sebuah motosikal lama suaminya untuk kemana-mana sambil membawa dua orang anaknya.
Perkongsian video itu meruntun hati warga maya, tambahan lagi ketika melihat reaksi anak kecilnya yang gembira dihantar ke sekolah menaiki kereta.
Baca juga Bermanfaat! Wanita pecah hasil tabungan bersama suami untuk sambut raya buat ramai kagum
Menerusi video tersebut, ternyata apa yang lebih memberi kepuasan kepada seorang ibu adalah apabila dia melihat reaksi anak sulungnya yang begitu teruja ketika dihantar ke sekolah dengan menaiki kereta berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terharu membaca kisahnya.
Pendedahan itu juga mengundang perhatian kaum hawa, yang turut berkongsi kepayahan dilalui, tetapi pada masa sama mendoakan keluarga wanita itu dimurahkan rezeki.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI