"SEDIKIT-sedikit, lama-lama jadi bukit." Itu peribahasa yang paling tepat untuk menggambarkan dengan tabiat menabung.

Pada peringkat awal menabung memang hanya nampak sedikit, namun lama-kelamaan wang yang disimpan akan bertambah jumlahnya.

Jangan lupa follow kami Instagram!

Menabung memberikan pelbagai manfaat. Lebih-lebih lagi ketika berhadapan masalah yang memerlukan wang.

Seperti kisah seorang wanita yang dikongsi di laman TikTok, hasil pecah tabung simpanan bersama suami untuk kegunaan persiapan hari raya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik @chientamulaien, kelihatan suaminya sedang gigih membuka tabung tersebut.

Tulisnya di ruangan kapsyen, "di saat orang lain bergembira dapat duit KWSP/BKM, kami hanya mampu pecahkan tabung simpanan kami... syukur alhamdulillah... jom beli baju raya."

Keajaiban sedekah subuh.. amalkan setiap hari pasti ada ganjaran rezeki yang tak disangka

Kegigigahan mereka menabung bersama buat ramai kagum. Difahamkan, mereka suami isteri menggunakan duit lebihan berniaga untuk masuk ke dalam tabung tersebut.

Ujarnya lagi, menabung amat memberikan manfaat di kala memerlukan dan apa yang penting tidak perlu meminjam.

Baca juga Tiap malam menjerit, tak lena tidur, keadaan Bella di wad buat ramai tersentuh

"Kadang rasa tak cukup bila menabung tapi hikmah dia saat memerlukan ada tempat nak dituju, tak perlu nak meminjam. Kadang orang pun susah nak bagi pinjam." ujarnya.

Dia juga turut mengajak pengikutnya untuk sama-sama menabung kerana sekurang-kurangnya kelak mereka akan mempunyai wang simpanan ketika memerlukan.

Iklan

Dalam pada itu, tabiat menabung ini memang patut dipupuk sejak usia kecil lagi. Ia amat penting untuk dipraktikkan dalam hidup.

Antara kelebihannya;

1. Dapat dijadikan simpanan untuk masa hadapan.

Iklan

2. Bekalan wang untuk kegunaan ketika kecemasan.

3. Mengelak daripada boros dan membazir.

4. Dapat dijadikan contoh tauladan kepada anak-anak.

5. Dapat dijadikan sebagai bank kecil tanpa perlu meminta wang daripada pihak lain.

6. Menjalinkan hubungan baik sesama manusia kerana semua menabung.

@chientamulaien pecah tabung .#fypシ #trendingvideo #berandatiktok ♬ Cinta Sampai Mati - Raffa Affar

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI