Puting beliung melanda Arau. Berikut tanda dan tip keselamatan ketika puting beliung

Iklan
puting beliung

BARU-baru ini tular satu video rakaman ‘mini puting beliung’ terjadi di Kampung Kubang Gajah, Perlis. 

Iklan
Iklan

Rakaman yang berdurasi 24 saat itu ditonton sebanyak 719.6k dan mendapat 44.5k tanda suka.

Iklan

Fenomena puting beliung ini dikenali sebagai belalai darat. Ia berlaku disebabkan kehadiran awan komulonimbus yang besar sehingga menyebabkan berlakunya perolakan yang kuat di dalam awan tersebut. Pergolakan ini akan membentuk corong pada dasar awan. 

Kejadian ini mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai kerana ia fenomena yang jarang sekali berlaku di Malaysia. Namun, pada Januari lalu, peristiwa yang sama berlaku di Ipoh, Perak yang memperlihatkan angin kencang yang seperti puting beliung. 

Iklan

Baca juga: Lelaki Rebah Keracunan Gara-Gara Guna Peluntur Cuci Bilik Air, Isteri Cerita Detik Cemas

Diingatkan kepada orang ramai supaya sentiasa berwaspada sekiranya tanda-tanda akan berlakunya puting beliung di sesuatu kawasan itu. 

Tanda-tanda akan berlakunya puting beliung, ini yang perlu diketahui:

  • Langit bertukar warna gelap
  • Pembentukan awan yang besar dan gelap
  • Awan berbentuk corong dan berputar
  • Kedengaran bunyi kereta api yang kuat

Sekiranya berdepan tanda-tanda ini, amalkan langkah keselamatan berikut:

  • Sekiranya di rumah, berlindung di bahagian bawah rumah dan di dalam bilik yang tidak mempunyai tingkap. 
  • Gunakan selimut atau beg tidur untuk menyelimuti diri sewaktu puting beliung. 
  • Jika berada di dalam kereta, pandu ke kawasan yang selamat. 
  • Sekiranya tiada tempat berlindung, cari kawasan yang dalam seperti parit atau gaung kemudian lindung kepala dan tengkuk menggunakan tangan atau apa-apa barang. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Centers for Disease Control and

Baca juga: [VIDEO]Suami Isteri Beli Kereta Kancil Guna Pengeluaran Khas KWSP Runtun Hati Ramai

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI