Lelaki rebah keracunan gara-gara guna peluntur cuci bilik air, isteri cerita detik cemas

A
A
A

TENTU ramai dalam kalangan kita mahukan ruang kediaman yang bersih. Bagi tujuan itu, ada yang menggunakan cecair peluntur untuk menghilangkan kotoran degil di dalam tandas dan lantai.

Walaupun baunya agak kuat, ramai yang memilih cecair peluntur sebagai pembersih rumah yang berkesan serta lebih menjimatkan kos.

Namun apa yang terjadi kepada kepada seorang lelaki ini wajar dijadikan pengajaran. Dia yang menggunakan cecair peluntur yang dicampur bahan pencuci lain untuk membersihkan kamar mandi kediaman berdepan masalah keracunan.

Baca juga: Tak tidur pun, gadis terselamat keracunan gas dalam kereta jelaskan kronologi kejadian

Detik cemas itu dikongsikan oleh isterinya, Hana Mashitah di laman sosial Facebook.

Menurut Hana, dia hampir kehilangan suaminya gara-gara cecair peluntur.

“Semalam saya dan anak-anak hampir kehilangannya. Tahu apa dia buat? Dia buka cecair peluntur dan sustain yang beli kat kedai RM2.20 dan simbah untuk mencuci tandas. Kejadian itu berlaku dalam keadaan pintu tandas tertutup,” katanya.

Tidak lama kemudian, Hana mendengar suaminya batuk kuat seperti ada yang tidak kena. Rupanya lelaki itu keracunan akibat gabungan dua bahan pencuci tersebut!

Baca juga: Puding buih tak salah, cara penyediaan dan simpan, bahan tamat tempoh punca keracunan

“Dengar dia batuk tidak berhenti , muntah-muntah dan datang bahagian depan rumah dalam keadaan wajah pucat dan tidak boleh bernafas.

"Suami terbaring di depan dan dia senyap! Saya ingatkan dia tidur rupanya dia keracunan dan mulut berbuih teruk,” cerita Hana.

Tambah Hana, ketika itu racun bahan pencuci itu berkemungkinan memenuhi bahagian dalam dada suaminya menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri.

“Anak-anak menjerit panggil Papa. Dalam masa 15 minit dipanggil barulah dia sedar. Kemudian saya minta kawan belikan air kelapa untuk diberi minum supaya ia (racun) release.

“Baru nampak merah balik muka dan boleh bernafas normal. Tetapi bahagian dada suami masih sakit,” katanya.

Hana berkongsi kejadian itu bertujuan agar ia menjadi pengajaran kepada orang lain.

“Tak sanggup rasanya untuk hadap lagi kehilangan. Anak jugak risaukan bapa mereka. Saya rasa seolah putus nyawa sebentar.

“ALLAh panjangkan lagi umur suami, Alhamdulillah. Korang jangan cuba-cuba buat kat rumah macam itu ya, bahaya,” titip Hana sebagai peringatan.

Public Health Malaysia berkongsi kesan mencampurkan bahan peluntur dengan agen pencuci yang mengandungi bahan kimia lain :

Berikut adalah kesan jika mencampurkan bahan peluntur dengan cecair pencuci lain.

-Cacair Peluntur + Ammonia = Gas Kloramin

Terhidu gas kloramin boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan radang paru-paru.

-Cecair Peluntur+ Cuka = Gas Klorin

Pendedahan kepada gas klorin menyebabkan sakit dada, muntah dan kematian.

-Cecair Peluntur + Alkohol = Gas kloroform

Bernafas dalam kloroform boleh menyebabkan keletihan, pening dan pengsan.

Diharapkan kita berhati-hati menggunakan bahan pencuci khususnya ceair peluntur. Elakkan daripada mencampurkan ia dengan bahan pencuci lain ketikan digunakan.

Selain itu, hindari daripada mengamalkan tips pembersihan daripada sumber yang tidak sahih dan membaca label pada bahan pencuci untuk cara penggunaan yang terbaik.

Pastikan bahan pencuci dan peluntur diletakkan jauh daripada capaian kanak-kanak bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini di rumah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Pemilik Chelsea ‘buta sementara’ akibat diracun, berikut merupakan gejala dan bantuan untuk orang keracunan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca