Khianat baling mercun bola atas bumbung, 9 kediaman musnah dalam kebakaran

Iklan
kebakaran berek 12 (1)

TRAGEDI disebabkan mercun umpama acara tahunan pada bulan Ramadan. Ia yang meragut nyawa dan memusnahkan harta benda bukan sahaja milik pelaku, malah orang lain yang berada di sekitarnya.

Nyaring dan kuat, bunyi mercun yang keterlaluan membuatkan sambutan hari raya dan Ramadan terganggu.

Iklan
Iklan

Tidak sekadar itu, baru-baru ini, kebakaran berlaku kejadian Berek 12, Kota Bharu memusnahkan sembilan buah rumah gara-gara mercun bola dipercayai dibaling ke atas bumbung.

Iklan

Baca juga: Ngeri! Tubuh putus dan terpelanting dari kenderaan, kereta bawa mercun bola meletup dipanah petir

Berikut 10 info berkaitan kronologi kejadian:

Iklan

1-Dalam kejadian pukul 9.35 pagi, Salah seorang mangsa, Noor Aiza Salleh, 42, berkata, semasa berada di rumahnya dia terdengar bunyi letupan kuat seperti mercun bola jatuh di atas atap rumah ibunya, Zaharah Mat, 70, yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.

2- Kata Zaharah, kali kedua mendengar bunyi letupan yang sama menyebabkannya dia berasa tidak senang hati dan keluar hendak memanggil wanita itu sebelum ternampak kepulan asap dari arah bahagian atas rumah ibunya.

3-"Saya menjerit memanggil ibu berkali-kali tetapi dia tidak menjawab kerana tidur selepas kepenantan membuat kuih. Saya tendang pintu rumahnya selama lebih kurang 15 minit barulah dia membuka pintu sambil memegang segayung air sambil menjerit serta menunjuk ke arah ‘api’ di bahagian atas rumah,” katanya.

4-Zaharah segera menarik keluar ibunya dari rumah untuk menyelamatkan diri mereka dan baru teringat akan anak sulung lelaki berusia 21 tahun yang tidur di dalam bilik di rumahnya.

5-Dia masuk semula ke dalam rumah mengejutkan anak sulung dan keluar menyelamatkan diri.

6-Menurut Zaharah, ketika kejadian api merebak dengan cepat kerana cuaca panas dan berangin.

7- Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.53 pagi.

9- Tambahnya, JBPM akan menyiasat punca kejadian dari pelbagai aspek termasuk dakwaan bunyi letupan seperti mercun bola sekiranya ada laporan sedemikian.

10-Turut menarik perhatian ramai ialah masalah bekalan air dan tekanan rendah di kawasan berkenaan menyebabkan kesukaran proses memadamkan kebakaran. Menurut perkongsian di Twitter, pihak bomba terpaksa bawa lori air untuk padam kebakaran.

Terdahulu, remaja lelaki berusia 14 tahun itu hancur jari tangan kanan akibat mercun bola yang dibakarnya meletup sebelum sempat dibaling. Dalam kejadian di Bachok itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan membuang ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. Mangsa juga mengalami luka pada leher akibat percikan api mercun bola, malah gegendang telinganya pecah.

Baca juga: Diberi makan nanas berisi mercun, gajah bunting mati dibunuh penduduk

Pada 21 Mei 2021 seorang lelaki maut dalam keadan anggota badannya hancur dan tercampak 20 meter dalam kejadian di Kampung Sireh, Kota Bharu.

Lokasi kejadian menjadi seperti medan perang apabila Proton Iswara Aeroback yang dipandunya membawa muatan mercun bola meletup. Malah badan kereta tersebut terputus dua.

Katakan tidak kepada mercun. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada diri, malah menggugat kesejahteraan masyarakat.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI