TULAR di media sosial Facebook tentang satu kejadian yang mengerikan dipercayai disebabkan oleh letupan mercun.

Insiden yang berlaku pada petang semalam terjadi apabila kenderaan yang membawa mercun yang terkenal dengan letupan yang sangat kuat dipanah petir ketika dipandu di Simpang Empat Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan.

 

Melalui maklumat yang diperolehi, ledakan daripada letupan tersebut mengakibatkan impak yang sangat kuat sehingga tubuh pemandu kereta berkenaan putus dan bahagian badannya ditemui di beberapa lokasi yang berasingan.

 

 

Pemandu kenderaan itu dikenali sebagai Wan Hassan Wan Ali, 48, maut di lokasi kejadian selepas tercampak kira-kira 20 meter dari kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dipandunya.

Baca juga Diberi Makan Nanas Berisi Mercun, Gajah Bunting Mati Dibunuh Penduduk

Tidak sekadar itu, ledakan kuat seumpama letupan bom tersebut turut menyebabkan empat buah kenderaan lain terbakar manakala empat orang mangsa termasuk seorang anggota polis turut mengalami kecederaan parah, namun keadaan mereka stabil.

 

Tinjauan yang dilakukan oleh orang ramai mendapati terdapat serpihan mercun berdekatan dengan tempat kejadian.

Memetik kenyataan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, ekoran daripada letupan mercun bola di dalam kereta itu, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah dengan beberapa anggota badannya putus.

Iklan

Menerusi video gambar-gambar yang diperoleh daripada media sosial, terdapat mangsa yang cedera parah.

Baca juga Ini Pandangan Islam Tentang Main Mercun Untuk Meriahkan Aidilfitri

Dalam kejadian dahsyat itu, cermin bahagian tingkat di masjid dan tadika berdekatan juga pecah berkecai impak daripada memberikan gambaran letupan daripada kenderaan itu sangat kuat.

Iklan

Warganet yang menyaksikan video berkenaan rata-rata terkejut, seriau dan ‘seram’ menyaksikan kesan letupan di sekitar kawasan kejadian di ruangan komen.

Masing-masing menzahirkan rasa terkejut. Malah ada yang mengakui cermin tingkap kediaman pecah impak daripada letupan dan gegaran kuat turut dirasai penduduk berdekatan.

Sumber: Facebook Azri Supian dan Asyanirah Hazmie