'DINA', 'MIRA', plat kenderaan dedikasi cinta langgar peraturan, perdaya pihak berkuasa

Iklan
PLAT KENDERAAN (3)

PELBAGAI cara dilakukan lelaki untuk menzahirkan kasih sayang dan cinta kepada pasangan masing-masing.

Lumrah kehidupan, ramai menzahirkan kasih sayang dengan perbuatan. Namun ada juga yang menghargai pasangan dengan mengabadikan cinta menerusi plat nombor pendaftaran kenderaan.

Iklan
Iklan

Seperti pemilik kenderaan serba guna (MPV) yang menggunakan nombor pendaftaran ‘MIRA’ dan ‘DINA’. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man, kesalahan tersebut membabitkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard.

Pemandu yang ditahan semasa pemantauan kelancaran trafik dan samseng jalanan di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Padang Midin memberi alasan menggunakan nombor pendaftaran ‘MIRA’ dan ‘DINA’ kerana teruja memperolehi MPV baharu untuk menyambut Syawal dan dedikasikan atas nama isteri atau seseorang.

Iklan

Baca juga: Microsleep boleh sebabkan kemalangan. Ini penjelasan pakar

Iklan

Bagaimanapun luahan cinta dan kasih sayang berkenaan salah caranya kerana menyalahi udang-undang. Kes berkenaan difahamkan disiasat di bawah Seksyen 108 (3)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran yang hampir menyerupai apa-apa tanda bagi tujuan untuk memperdayakan pihak berkuasa.

Sementara itu sebuah kereta Volkswagen Golf MK6 turut dikesan menggunakan nombor pendaftaran ‘J3H3’di Bandar Baharu Kuala Nerus.

Pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran ‘J3H3' pula memberi alasan tidak sempat menukar nombor pendaftaran mengikut spesifikasi ditetapkan kerana kenderaan tersebut kononnya baru dibeli pada malam raya.

Ketegasan Polis Terengganu sewajarnya dijadikan sebagai permulaan untuk pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

Nombor ‘fancy’ mengelirukan satu kesalahan

Memasang nombor pendaftaran (no plat) kenderaan yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’ adalah satu kesalahan.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menasihatkan orang ramai untuk mematuhi peraturan memasang no plat kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

[caption id="attachment_80633" width="800"] Sumber: jpj.gov.my[/caption]

Jika didapati melanggar peraturan tersebut, denda boleh dikenakan tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000.

[caption id="attachment_80632" width="800"] Sumber: jpj.gov.my[/caption]

Spesifikasi no plat yang ditetapkan JPJ adalah seperti berikut;

1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.

2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.

3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI