ADALAH suatu kesalahan memasang nombor pendaftaran (no plat) kenderaan yang mengelirukan, kabur atau fancy.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang no plat kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika korang didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000.

Dalam pada itu, JPJ turut memberikan kebenaran kepada orang ramai jika ternampak mana-mana kenderaan yang memasang no plat mengelirukan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Dalam kenyataan yang sama, aduan berkenaan boleh disalurkan menerusi alamat e-mel aduantrafik@jpj.gov.my bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan.

“Orang ramai adalah disarankan untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’,” katanya.

Ujarnya, semua pihak dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Jika didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” katanya.

Selain itu, pemilik kenderaan bakal diambil tindakan untuk ditemu siasat oleh JPJ.

Ini contoh gambar kenderaan yang tular di media sosial dan tidak mematuhi spesifikan yang ditetapkan.

No plat fancy, kabur berdepan saman sehingga RM3000, orang ramai diminta lapor JPJ

Sementara itu, spesifikasi no plat yang Dditetapkan JPJ adalah;

1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.

2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.

Baca juga Uniform, kasut sekolah ketat. KPM saran baju biasa asal kemas, sopan sehingga hujung tahun

3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia