MUNGKIN ramai di antara kita memilih untuk membeli barang keperluan di kedai harga jimat yang menawarkan harga RM2.
Eco Shop antara lokasi membeli belah pilihan ramai lantaran harganya yang mudah. Bukan sahaja menawarkan barangan pada harga serendah RM2.20, pelbagai jenis produk dijual membuatkan kita rambang mata.
Bagaimanapun kedai popular itu khabarnya bakal menaikkan harga baharu RM2.40. Menerusi sekeping gambar yang tular di laman sosial, notis perubahan harga dipamerkan di salah sebuah cawangan di Subang Jaya.
"Kami memaklumkan bahawa mulai 1 Jun 2022, harga bagi setiap barangan di Eco-Shop akan ditukar daripada RM2.20 kepada RM2.40 disebabkan faktor peningkatan kos.
"Dengan itu, kerja-kerja perubahan harga di semua platform akan dilakukan secara berperingkat,” katanya.
Baca juga: Anak Emma Maembong gigit tangan Chacha menjerit, rupanya fasa normal kanak-kanak 1 hingga 3 tahun
Penularan foto berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat tegar kedai popular itu.
[caption id="attachment_80715" width="800"] Sumber: Facebook eco-shop Malaysia[/caption]
Perkongsian harga baharu yang tular menerusi laman sosial itu menjadi bualan netizen yang rata-ratanya meluahkan keluhan kenaikan harga. Kebanyakannya mengaitkan gaji minimum RM1,500 yang dikuatkuasakan kerajaan 1 Mei lalu sebagai salah satu punca.
-"Semua pun naik, bilalah gaji nak naik.”
-"Gaji minimum naik RM1,500.”
-"Hyperinflasi sudah bermula.”
-"Mencabar betul hidup zaman sekarang. Kedai yang dulu mampu semua orang membeli sekarang dah nak sama mahal macam kedai-kedai lain.”
-"Kenaikan gaji minimum mungkin menyebabkan harga barang makin naik.”
Terdahulu, Eco Shop Malaysia menaikkan harga barangan kepada RM2.20 di Semenanjung Malaysia dan RM2.30 hingga RM2.40 bagi Sabah, Sarawak dan Langkawi bermula 1 Disember 2021.
Baca juga: Tiada lagi RM2.10, Eco Shop umum harga baru mulai 1 Disember ini
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI