SIAPA tidak pernah mengunjungi kedai yang menawarkan harga murah, Eco Shop.

Masakan tidak, ia sangat popular kerana menjual pelbagai produk keperluan orang ramai pada harga serendah RM2.10.

Bagaimanapun, selepas ini tiada lagi harga RM2.10. Pihak Eco Shop Malaysia menerusi laman Facebook rasminya mengumumkan perubahan harga kepada RM2.20 di Semenanjung Malaysia dan RM2.30 hingga RM2.40 bagi Sabah, Sarawak dan Langkawi bermula 1 Disember.

“Selama ini, kami sentiasa memegang prinsip di mana kami menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang paling murah. Ini telah menjadikan Eco-shop dikenali dalam kalangan anda semua,” katanya.

“Disebabkan kos barangan semakin meningkat dan pada masa yang sama, kami perlu memegang pada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti, dengan berat hati, kami telah membuat keputusan agar harga jualan kami akan berubah dari RM2.10 kepada RM2.20 (Semenanjung Malaysia) / RM2.30 kepada RM2.40 (Langkawi, Sabah dan Sarawak) mulai pada 1 Disember 2021.

Iklan

Dalam pada itu, pihaknya turut menzahirkan penghargaan buat para pelanggan dan menghargai sokongan daripada semua.

Baca juga: Polis Wanita Pikul Lelaki Sakit Tak Sedarkan Diri Bawa Ke Hospital Raih Pujian Ramai

Iklan

Baca juga: Alang-Alang Kaya, Usahawan Tempah Pelitup Muka Emas 108 Gram Berharga RM236,000

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook eco-shop Malaysia