KENDERAAN rosak secara tiba-tiba tentunya membuatkan perjalanan tergendala. Sudah pasti situasi yang tidak dijangka itu diselubungi rasa cemas dan panik.
Insiden tidak dijangka berkenaan berlaku kepada seorang wanita apabila keretanya 'buat hal' ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjemput anak-anaknya di tadika.
Pengguna Twitter, T.K Letchumy berkongsi pengalaman melalui detik cemas kenderaan yang dipandunya rosak.
"Siapa sangka, kereta saya tiba-tiba berhenti di jalan raya. Langsung tak boleh bergerak, hanya enjin kereta sahaja yang hidup. Saya terus panik.
"Ditambah dengan stres kereta-kereta lain yang membunyikan hon dari belakang. Maklumlah, jam tepat 7.10 mlm, waktu berbuka sudah dekat danmasing-masing mengejar masa. Tapi apakan daya,dengan tangan terketar-ketar saya membuat panggilan kepada suami utk dia segera datang bantu,” ciapnya.
Kata Letchumy, suasana menjadi bertambah cemas apabila bas membunyikan hon. Di dalam kekalutan, pertolongan hadir di luar jangkaan.
"Dengan tidak diduga, datang seorang abang yang menaiki motosikal. Saya pandang sekeliling. Baru perasan ada sebuah surau di situ.
"Abang tu baru keluar dari surau tersebut. 'Apa jadi dik? Rosak ke? Manual ke Auto?' tanya dia. Lega sedikit apabila ada orang tanya begitu,” katanya mengimbas kembali peristiwa yang dilalui.
Baca juga: Ular dalam motosikal, lelaki ini ikut penunggang motosikal balik ke rumah
Letchumy menceritakan kehadiran seorang jemaah surau yang prihatin membantu menolak keretanya ke bahagian bahu jalan.
Malah lelaki itu turut meminta Letchumy dan anaknya ke kawasan surau yang lebih selamat.
"Abang itu turun dari motosikal dan cuba hidupkan enjin kereta saya. Gagal. 'Takpe dik. Kita tolong tolak kereta ke tepi jalan dulu.
"Adik jangan berdiri kat jalan raya. Bahaya. Bawa anak masuk surau,” jelas wanita itu.
"Sementara menunggu bantuan baiki kereta sampai, saya dan anak saya diberi tempat duduk di dalam surau tersebut.
"Kami disajikan dengan air soya sejuk walaupun mereka yang lain masih belum berbuka puasa. Setiap insan yang memasuki surau tersebut bertanya khabar kami dan ada pak cik tampil memberikan air mineral juga,” ciapnya.
Jemaah surau meminta izin untuk berbuka puasa semasa azan berkumandang sementara dia dan anak masih menanti bantuan.
"Apabila bantuan sampai, beberapa insan dari surau itu tunggu sehingga kereta siap dibaiki dan memastikan saya serta anak pulang dengan selamat.
"Saya amat terharu dengan bantuan sesama insan tanpa mengira kaum ini. Indahnya Malaysia dan Keluarga Malaysia. Terima kasih, Surau Baitul Ehsan!” titip Letchumy.
"Sememangnya kita rakyat Malaysia yang"biasa-biasa ni memang saling tolong menolong”. Alhamdulillah puan pun dah selamat.”
"Hope you and your children are okay sis. Take care!”
"True Malaysian.”
"That is the actual fact on the ground. Percayalah kita semua jaga kita, baik-baik sahaja. Thanks sis for taking your time menceritakan kebaikan sesama insan.”
Baca juga: ‘Chup’ parkir seolah tinggal di kondominium, warga maya kecewa sikap pentingkan diri penduduk PPR
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI