BARU-baru ini tular satu video memaparkan seorang pemandu kereta mengekori seorang penunggang motosikal pulang ke rumah dengan selamat kerana adanya ular di dalam motosikal itu. 

Berdasarkan rakaman tersebut, lelaki itu memberhentikan kenderaannya apabila melihat seorang penunggang motosikal berhenti di bahu jalan pada malam hari. 

@parkmood3 Reply to @chenouh ♬ Ya Allah – Wali

Dia menyangkakan bahawa penunggang motosikal itu kehabisan minyak, namun dikejutkan dengan kehadiran ular di bahagian meter motosikal. 

Penunggang motosikal itu bertindak untuk menutupi bahagian lubang di cermin sisi dengan menggunakan plastik supaya ular itu tidak dapat keluar. 

Usai menutupi lubang itu, penunggang motosikal meneruskan perjalanan pulang ke rumah dengan diekori dari belakang oleh pemandu kereta berkenaan.

Tindakan lelaki terbabit mendapat pujian daripada warganet. Rata-rata mereka memuji sikap prihatin yang ditunjukkan oleh lelaki itu. 

Baca juga: Pelajar dibelasah, dihempap meja tulis di Langkawi, ini sebenarnya yang berlaku

Sekiranya berhadapan dengan haiwan berbisa ini, segera menyelamatkan diri namun, ketahui tindakan yang terbaik untuk menyelamatkan diri, ini yang perlu diketahui:

  1. Jangan cuba untuk mendekati ular kerana tindakan ini berpotensi untuk dipatuk.
  2. Sekiranya jarak antara ular kurang dari satu meter, jangan bertindak terburu-buru melarikan diri. 
  3. Bergerak secara perlahan-lahan menjauhi ular. Harus diingatkan pergerakan yang terburu-buru menyebabkan ular berasa terancam. 
  4. Sekiranya ular dilihat ingin berdiri seperti yang selalu dilakukan oleh ular tedung, itu merupakan petanda bahawa ular ingin menyerang. Oleh itu, bergerak secara perlahan-lahan menjauhi ular sebelum melarikan diri. 
  5. Capai sesuatu objek yang panjang kira-kira lebih satu meter untuk menghalang pergerakan ular daripada terus mendekati. 
  6. Sekiranya jarak ular lebih dari dua meter, amat digalakkan untuk melarikan diri dengan segera. 

Semoga bermanfaat!

Iklan

Sumber: Idntimes

Kredit video: parkmood3

Baca juga: Lelaki ini hanya menikmati pemandangan namun disangka ingin bunuh diri

Iklan

Baca juga: Rakaman kebakaran Tunjungan Plaza tular, berikut tip keselamatan ketika kebakaran

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI