BARU-baru ini kecoh berita mengejutkan kemunculan seorang lelaki yang menceroboh bilik hotel di Kota Bharu.
Video yang dikongsikan pengguna TikTok @dobidina.hq itu menimbulkan rasa tidak puas hati warga maya yang rata-rata kesal bagaimana lelaki tersebut boleh meloloskan diri daripada sistem keselamatan hotel.
Malah, paling tidak masuk akal ialah bagaimana lelaki misteri itu menceroboh masuk ke dalam bilik penginapan yang sudah ditempah!
[caption id="attachment_80946" width="800"] Gambar hiasan[/caption]
Menerusi paparan video yang dikongsikan, wanita berkenaan dan dan keluarganya terkejut selepas mendapati lelaki berkenaan bersembunyi di dalam sebuah almari pakaian.
Namun, apa yang membuatkan ramai tak puas hati bila lelaki tersebut sempat ‘berlakon’ dalam keadaan tenang seolah-olah tak buat sebarang kesalahan.
Menurut perkongsian terbabit, penceroboh berjaya memasuki bilik hotel berkenaan menggunakan ‘master card/ key’. Pelaku juga mendakwa telah ditipu mengenai urusan langganan perempuan.
Dalam perkembangan terbaru, lelaki tersebut dah diberkas pihak polis. Lebih menakutkan, lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan yang sama dan positif barang terlarang jenis methampethamine.
Baca juga: Jutawan 'low profile' miliki hotel mewah 42 tingkat di tengah Kuala Lumpur
Mustahil tetapi telah terjadi, diharapkan peristiwa ini dijadikan pengajaran buat kita semua.
Bersama ini SinarPlus kongsikan tujuh tip keselamatan yang boleh anda gunakan setiap kali menginap di hotel;
1.Selidik ulasan sebelum tempah
Kini semua jenis maklumat boleh diselidik di hujung jari. Semak ulasan dan komen-komen mengenai hotel pilihan anda bagi mengetahui kualiti dan mutu perkhidmatan melalui pengalaman pengguna lain. Cara tersebut membolehkan anda menyaring lokasi penginapan yang sesuai dan selamat sebelum membuat tempahan.
2. Intai
Sebaik sahaja mendapat kunci bilik, usah terus membuka pintu bilik. Sebaliknya periksa bilik anda dari cermin tinjau pada pintu kerana bimbang kehadiran orang asing menunggu anda sebagai ‘mangsa’.
3. Waspada kamera tersembunyi
Jika pasti semua selamat, masuk ke dalam bilik. Biarkan lampu ditutup dan periksa seluruh bilik sekiranya ada kamera tersembunyi. Pastikan turut memeriksa ruang bilik mandi dan dalam almari pakaian!
4. Pintu terkunci dan sendal
Dalam sesetengah situasi dan lokasi mengunci pintu bilik sahaja tidak mencukupi untuk menjamin keselamatan. Sebagai langkah berjaga-jaga, bawa sendal pintu dan gunakannya sepanjang tempoh penginapan. Sendal pintu boleh membantu menyelamatkan nyawa dan melengahkan masa jika wujud pencerobohan.
5. Parkir valet jika seorang diri
Jika menginap di hotel seorang diri, gunakan parkir valet. Mungkin ia sedikit mahal namun mampu menjamin keselamatan terutamanya bagi yang ‘bergerak’. Lokasi parkir valet di depan lobi lebih selamat dan anda tidak perlulah ke kawasan parkir hotel yang mungkin sunyi dan jauh.
6. Pasang lampu, TV
Pernahkah menonton filem ‘Home Alone’ yang mana watak seorang kanak-kanak lakonan Macaulay Culkin ditinggalkan bersendirian di rumah ketika kedua ibu bapanya mempunyai urusan di luar?
Semasa tinggal bersendirian, watak kanak-kanak bernama Kavin sentiasa membuatkan suasana di dalam rumah meriah seolah-olah sedang mengadakan jamuan. Justeru, anda juga boleh menggunakan cara tersebut dengan membiarkan lampu bilik atau TV terpasang semasa bersendirian di dalam bilik hotel atau ketika keluar.
7. Awasi barang berharga
Jangan sesekali meninggalkan barang berharga merata-rata ketika hendak keluar dari bilik hotel. Jangan lupa juga untuk letakkan ‘Do Not Disturb’ di pintu supaya pengemas bilik tidak memasuki bilik anda tanpa izin.
Sekiranya anda terpaksa juga meninggalkan barang berharga anda, letakkan ia di dalam peti simpanan yang disediakan dengan menggunakan kata laluan selamat.
8.Bagasi
Semasa check-in , pastikan anda tidak terlepas pandang bagasi. Usah biarkan ia dibawa ke bilik tanpa anda. Bagasi perlu berada di samping pada setiap masa.
9.Rahsiakan maklumat bilik
Pastikan sewaktu diberi kunci bilik, tetamu lain tidak tahu akan nombor bilik anda. Sewaktu menaiki lif, pastikan juga anda tidak bersendirian dengan penghuni lain. Jika anda diserang di dalam lif, tekan semua butang lif agar lif berhenti dan terbuka di setiap tingkat.
10. Urusan di lobi sahaja
Jika mempunyai sebarang urusan peribadi, selesaikan ia di kawasan orang ramai seperti di lobi atau di restoran di luar hotel. Kebanyakan kes jenayah bunuh di hotel selalunya terjadi akibat pertengkaran yang tidak terkawal di dalam bilik.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Gara-gara beri rating hotel 6/10, pelanggan diancam saman lebih RM300K
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI