BARU-baru ini tular satu rakaman di media sosial, TikTok yang memaparkan seekor gajah liar bertindak ganas kepada pengguna jalan raya.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku sewaktu perjalanan dari Gerik, Perak menuju ke Jeli, Kelantan.
Mujur serangan gajah liar itu tidak menyebabkan apa-apa kerosakan dan kecederaan.
Pemilik akaun TikTok berkenaan kemudiannya memuat naik sambung video yang menunjukkan haiwan liar berkenaan menghampiri keretanya lalu ‘mencium’ kenderaan itu.
Berikut tujuh cara menyelamatkan diri daripada diserang gajah liar, ini yang perlu diketahui:
1. Perhatikan tingkah laku gajah
Kebiasaannya gajah akan berpura-pura akan menyerang kerana ingin menilai sama ada situasi yang sedang dihadapinya merupakan ancaman atau sebaliknya.
Seterusnya, sekiranya perhatikan telinga gajah, sekiranya telinganya bergerak seperti kipas itu tandanya gajah tidak berniat untuk menyerang manakala sekiranya telinga itu disemat ke belakang itu tandanya gajah benar-benar akan menyerang.
2. Bersembunyi di kawasan yang gajah tidak dapat menghidu
Gajah merupakan haiwan yang mempunyai deria bau yang tajam maka, bersembunyilah di kawasan yang tidak dapat dihidu oleh haiwan itu.
3. Membuat bising sekiranya tidak mempunyai kawasan untuk bersembunyi
Ahli biologi Michael Fahey menggoyangkan pokok, bunyi beg diseret dan sebagainya merupakan salah satu tindakan yang berkesan untuk melarikan diri daripada haiwan liar itu.
Baca juga: Ular dalam motosikal, lelaki ini ikut penunggang motosikal balik ke rumah
4. Kekal bersembunyi di sesuatu kawasan
Sekiranya anda melarikan diri dengan disaksikan gajah liar itu, ia merupakan permulaan untuk haiwan itu mengejar. Pakar berpendapat bahawa duduk bersembunyi di suatu tempat adalah lebih bermanfaat daripada melarikan diri.
5. Pastikan kenderaan yang dipandu tidak menghampiri gajah
Sekiranya berada di dalam kenderaan, lebih baik undur kenderaan menjauhi haiwan berkenaan.
6. Gunakan kaedah larian 'zig-zag'
Gajah merupakan haiwan yang besar dan besar maka, cara larian zig zag akan menyulitkan haiwan ini untuk mengejar kerana kesukaran untuk menukar arah.
7. Panjat ke atas pokok besar dan kukuh
Sekiranya anda melihat kehadiran haiwan liar itu, panjat ke atas pokok yang besar dan kukuh. Jangan bersembunyi ke dalam sungai kerana dengan mudah boleh memasuki sungai tanpa ada masalah.
8. Lompat ke dalam parit untuk bersembunyi
Pastikan parit agak dalam dan sukar untuk gajah menghampiri untuk menyerang.
9. Baling segala peralatan yang ada ke arah gajah
Sekiranya gajah mulai menyerang, baling segala peralatan yang ada pada tubuh atau apa-apa sahaja yang boleh dicapai untuk mengalihkan perhatian gajah.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Animalwised
Baca juga: [VIDEO] Kanak-kanak belikan selipar untuk lelaki tua, warganet bangga hasil didikan ibu bapa
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI