Kenali isyarat cinta yang disukai pasangan. 5 bahasa cinta yang wajib diketahui

Iklan
isyarat cinta

SERONOKNYA menyaksikan pasangan yang baru berkahwin mahupun yang sudah lama berkahwin mempamerkan hubungan yang begitu manis sehingga ‘bersemut’.

Sudah semestinya ikatan yang terjalin itu mempunyai impian kehidupan bersama hingga ke akhir hayat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, mengekalkan kemesraan, kemanisan dan kebahagiaan rumah tangga bukanlah suatu perkara yang mudah dan ia juga bukan satu perkara yang mustahil selagi tahu cara menghargai pasangan masing-masing.

Media sosial kini menjadi saksi kebanyakan pasangan yang berkahwin ataupun yang sedang bercinta berkongsi cara mereka meluahkan rasa cinta dengan memberi kejutan dan pemberian hadiah.

Iklan

Menghargai pasangan wajib dilakukan namun, perlu diketahui bahawa cara menghargai bukanlah hanya memberi hadiah semata-mata.

Sebenarnya terdapat lima ‘bahasa cinta’ yang boleh diamalkan, ini yang perlu diketahui:

Iklan

1. Melalui kata-kata

Kata-kata seperti pujian dan penghargaan kepada pasangan adalah satu perbuatan yang dapat mengeratkan lagi perhubungan. Hal ini kerana, ada sesetengah pasangan yang lebih menyukai mesej teks yang mengandungi kata-kata seperti pujian, galakan serta kata-kata cinta yang dapat menyuburkan lagi rasa cinta.

2. Meluangkan masa bersama

Cinta dan kasih sayang juga bukanlah hanya melalui kata-kata mahupun pemberian hadiah tetapi, meluangkan masa bersama juga merupakan satu isyarat cinta yang perlu dipraktikkan.

Baca juga: Masih belum dikurniakan jodoh? Boleh amalkan 4 doa ini

Masa yang terluang perlulah digunakan sebaik-baiknya dengan mendengar masalah serta luahan pasangan terhadap hari-hari yang telah mereka lalui. Apabila anda memberikan sepenuh perhatian kepada pasangan pasti mereka rasa begitu disayangi.

3. Sentuhan fizikal

Berbicara soal sentuhan fizikal, ia bukan hanya hubungan intim semata tetapi ada di antara pasangan yang lebih cenderung ke arah isyarat cinta kulit ke kulit seperti berpegangan tangan, berpelukan, menyentuh lengan atau hanya dengan menyentuh jari pasangan.

4. Memberi bantuan perkhidmatan

Kebiasaannya, para isteri juga menyukai pasangan yang menghulurkan bantuan untuk mengemas rumah, memasak dan menyelenggara kereta. Walaupun bantuan ini dianggap sebagai perkara yang kecil tetapi tidak bagi para isteri.

5. Pemberian hadiah

Isyarat cinta ini yang sering dikongsikan oleh pasangan ke dalam laman sosial. Tidak dapat dinafikan pemberian hadiah merupakan simbolik kepada cinta dan kasih sayang terhadap seseorang.

Hadiah tidak semestinya mempunyai nilai harga yang mahal tetapi biarlah ia pemberian itu ikhlas, menarik serta mempunyai nilai sentimental kepada pasangan.

Semoga informasi mengenai isyarat cinta ini membantu mengenali sifat cinta hati anda.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Verywellmind

Baca juga: 6 tip jawab soalan tentang kerjaya jika tetamu tanya ketika datang beraya

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI