Mira Filzah lahirkan anak sulung, kongsi tarikh lahir sama 9 Syawal

Iklan
mira filzah bersalin

AKTRES dan pengacara, Mira Filzah selamat melahirkan anak sulung. Lebih istimewa, ibu dan anak berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 9 Syawal.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman dilahirkan pada 2 April 1993 iaitu bersamaan 9 Syawal 1413 pada kalendar Hijrah.

Iklan
Iklan

Baca juga: Mira Filzah dan ibu hamil harus kenali tubuh dan kandungan sebelum berpuasa

Iklan

Berita kelahiran cahaya mata diumumkan suaminya, Wan Emir Astar. Pemilik firma W5 Architects itu turut menceritakan detik bersalin dan mengucapkan kesyukuran atas kelahiran anak sulung mereka yang dikatakan mempunyai tangisan nyaring.

Iklan

"Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 Mei 2022 pada jam 3.40 pagi.

"Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga,” titip Wan Emir Astar yang memuat naik sekeping gambar mereka berdua memegang foto imbasan bayi.

Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby.

Baca juga: Bakal masuki trimester ketiga, Mira Filzah umum hamil anak pertama

Baca juga: Kali pertama sambut Aidilfitri, anak Neelofa dapat duit raya RM14,000! Terselit 1,000 dirham

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI