Tersadung, pengsan, remaja 16 tahun maut ketika merentas desa

Iklan
2

MERENTAS desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah rendah dan menengah.

Ia adalah aktiviti tahunan di sekolah menengah malahan merupakan sukan dinanti-nantikan para pelajar kerana boleh melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.

Iklan
Iklan

Baca juga: Berlari jauh meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak tujuh kali ganda! Ini yang perlu semua orang tahu

Bagaimanapun, seorang pelajar Tingkatan 4 di Marang, Terengganu meninggal dunia selepas menjalani latihan penyesuaian ‘track’ merentas desa.

Iklan

Mangsa, Aman Basri Muhd Rohaizi, 16, disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas sejurus selepas dibawa ke Klinik Pengkalan Berangan. Berikut kronologi kejadian:

1. Menurut Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, mangsa menjalani latihan penyesuaian trek pada jam 8.34 pagi sebelum disedari pengsan oleh guru bertugas.

Iklan

2.Beberapa individu di lokasi kejadian cuba membantu mangsa dengan mengangkat dan memberikan bantuan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

[caption id="attachment_81103" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

 

Baca juga: Mati mengejut satu fenomena yang menakutkan

3.Selepas beberapa minit, mangsa dikatakan mengalami masalah pernafasan dengan bernafas secara perlahan sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan.

4.Guru bersama rakan setugas di tempat kejadian membawa mangsa ke Klinik Pengkalan Berangan untuk menerima rawatan.

5.Doktor bertugas bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 9.05 pagi.

6.Siasatan polis mendapati pelajar berkenaan tersadung kaki secara tiba-tiba ketika latihan menyebabkannya terjatuh.

7.Pemeriksaan fizikal mendapati terdapat luka pada bahagian atas kening sebelah kanan, calar pada bawah dagu sebelah kiri dan calar di belakang tangan sebelah kiri dipercayai berlaku semasa mangsa terjatuh.

8.Hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati tiada unsur jenayah dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

9.Bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian dan enggan ‘post-mortem’ dijalankan ke atas mangsa. Bapanya telah berpuas hati dengan sebab kematian.

[caption id="attachment_81100" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

10.Bapa mangsa juga menyatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya terjadi perkara berbangkit di kemudian hari.

Terdahulu, pada tahun 2020 seorang pelajar lelaki sebuah sekolah agama meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai latihan merentas desa di Sungai Besar.

Sebelum kejadian, pelajar itu menjalani latihan merentas desa sejauh 3.8 kilometer (km). Kematian tersebut turut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kebiasaannya, merentas desa bagi pelajar sekolah menengah terbahagi kepada empat kategori seperti berikut:

Kategori A- Lelaki bawah 18 tahun- 8 km

Kategori B- Perempuan bawah 18 tahun- 6 km

Kategori C- Lelaki bawah 15 tahun- 6 km

Kategori D- Perempuan bawah 15 tahun- 6 km

Baca juga: Jantung terhenti seketika, Chrisen Eriksen stabil. Sudah muat naik gambar di Instagram

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI