AHAD lalu dunia dikejutkan dengan berita pemain Denmark rebah ketika perlawanan menentang Finland.

Saingan Kumpulan B Euro 2020 di stadium Parken, Copenhagen itu terpaksa dihentikan selepas tonggak tuan rumah rebah di padang.

Bintang sensasi Inter Milan berusia 29 tahun tersebut tumbang secara tiba-tiba semasa perlawanan menuju masa rehat ketika kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Rakan sepasukan Inter Milan dilihat menangis ketika kakitangan perubatan berusaha menyedarkan Eriksen.

Pemain itu mengalami cardiac arrest atau fungsi jantung terhenti seketika kini dilaporkan stabil dan sedang dirawat.

Cardiac arrest atau pegun jantung ialah keadaan apabila fungsi jantung terhenti tanpa denyutan jantung dan tekanan darah. Pesakit akan tidak sedarkan diri manakala pernafasannnya juga ganjil atau terhenti.

Sesetengah individu boleh mengalami sakit dada, sesak nafas atau loya sebelum berlakunya pegun jantung. Keadaaan ini jika ia tidak dirawat serta-merta boleh menyebabkan kematian.

Baca juga: [VIDEO] 5 Tip Mencuci Popular Di TikTok. Tekniknya Mudah, Hingga 1.8 Juta Tontonan

 

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Christian Eriksen (@chriseriksen8)

Menerusi satu hantaran di Instagram peribadinya, beliau memuat naik gambarnya di atas katil hospital bersama kapsyen terharu atas sokongan yang diterima.

“Hello semua. Terima kasih atas segala ucapan manis dan berharga dari seluruh dunia. Ia sangat bermakna buat saya dan keluarga,”tulisnya.

Iklan

Dimaklumkan beliau kini masih dalam pemantauan dan perlu melalui pemeriksaan di hospital.

Tidak hanya itu, Eriksen juga menyeru para peminatnya mendoakan kejayaan Denmark di mana kini sedang berlangsung Pertandingan bolasepak dunia kejohanan UEFA Euro membabitkan negara Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).