Bank umum kadar pinjaman, pembiayaan meningkat, 10 fakta wajib tahu

Iklan
RM

BARU-baru ini, beberapa institusi perbankan mengumumkan kenaikan kadar pinjaman, pembiayaan bakal berkuat kuasa dalam masa terdekat.

Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia  membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus.

Iklan
Iklan

Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Baca juga: 6 cara 'sorok' duit, gaji tak habis sampai hujung bulan

Iklan

Bank Negara Malaysia menerusi kenyataannya menjelaskan beberapa info penting berkaitan termasuk perkembangan global yang mempengaruhi;

Iklan

1-Pembukaan semula ekonomi global yang berterusan serta keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan kegiatan ekonomi. Ia mengurangkan sebahagian daripada kesan konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.

3-Justeru, beberapa bank pusat dijangka membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka pada kadar yang lebih pantas bagi mengurangkan risiko inflasi.

4-Prospek pertumbuhan global akan terus dipengaruhi oleh perkembangan berhubung dengan konflik di Ukraine, Covid-19, keadaan rantaian bekalan global, kejutan harga komoditi dan volatiliti pasaran kewangan.

5-Bagi ekonomi Malaysia, penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh, didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih mantap dalam keadaan pertumbuhan eksport yang mampan.

6-Pasaran pekerja terus disokong oleh kadar pengangguran yang lebih rendah, penyertaan tenaga kerja yang lebih tinggi dan prospek pendapatan yang lebih baik.

7-Peralihan ke fasa endemik pada 1 April 2022 akan memperkukuh kegiatan ekonomi dan pelaburan. Bagaimanapun, risiko terhadap pertumbuhan masih wujud, termasuk pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang berterusan, gangguan rantaian bekalan yang bertambah teruk dan perkembangan buruk berhubung dengan Covid-19.

8-Inflasi keseluruhan diunjurkan berpurata antara 2.2% hingga 3.2% pada tahun 2022. Memandangkan peningkatan kegiatan ekonomi dalam keadaan tekanan kos yang berlarutan, inflasi asas seperti yang diukur oleh inflasi teras dijangka meningkat untuk mencatatkan purata antara 2.0% hingga 3.0% pada tahun 2022.

 

9-Pun begitu, tekanan harga menaik akan dibendung sebahagiannya oleh kawalan harga yang sedia ada dan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi. Prospek inflasi terus dipengaruhi oleh perkembangan harga komoditi global yang berpunca terutamanya daripada konflik ketenteraan yang berterusan di Ukraine serta gangguan berkaitan bekalan yang berlanjutan, di samping langkah-langkah dasar dalam negeri mengenai harga yang ditadbir.

10-Sepanjang krisis Covid-19, OPR dikurangkan sebanyak 125 mata asas secara kumulatif kepada paras terendah yang belum pernah dicatatkan sebelum ini, iaitu 1.75 peratus, bagi memberikan sokongan terhadap ekonomi. Pandemik telahpun reda. Dengan pertumbuhan dalam negeri yang semakin kukuh, Jawatankuasa Dasar Monetari mengambil keputusan untuk mula mengurangkan tahap akomodasi monetari. Menurut Bank Negara, pengurangan ini akan dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran harga yang stabil.

Baca juga: Kali pertama sambut Aidilfitri, anak Neelofa dapat duit raya RM14,000! Terselit 1,000 dirham

Pelarasan pada penetapan dasar monetari bank

Sehingga artikel ini ditulis, beberapa bank mengumumkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) yang berkuat kuasa dalam masa terdekat seperti berikut;

MAYBANK

-Maybank akan melaras naik Kadar BR dan Kadar BLR sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 13 Mei.

-BR Maybank akan lebih tinggi daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun, manakala kadar BLR akan dilaras daripada 5.40 peratus kepada 5.65 peratus.

-Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun dan daripada 5.40 peratus kepada 5.65 peratus.

-Justeru, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 13 Mei 2022.

RHB

- RHB Banking Group akan melaras Kadar BR) dan kadar pinjaman asas/pembiayaan asas (BLR/BFR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 18 Mei 2022.

-Kumpulan perbankan itu berkata, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd akan menaikkan kadar asas mereka daripada 2.50 peratus kepada 2.75 peratus setahun dan juga melaras naik BLR/BFR daripada 5.45 peratus kepada 5.70 peratus setahun.

AFFIN

-Susulan pengumuman Bank Negara Malaysia, Affin Bank bersama Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank akan menyemak semula kadar rujukan pinjaman serta pembiayaan sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 13 Mei 2022.

-Kadar Deposit Tetap Affin Bank dan Deposit Berjangka-i Affin Islamic Bank akan diselaraskan.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Baca juga: Kad bank hilang, ini yang perlu anda buat elak duit lesap

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI