APABILA tiba hujung bulan ramai yang sering mengalami masalah untuk mengurus pendapatan secara bijak.

Ini kerana, ada yang sering kali terlebih belanja hingga duit yang sepatutnya dikeluarkan untuk membayar komitmen bulanan turut digunakan.

Jika hidup asyik tidak mencukupi duit belanja ini memang bahaya jika berterusan.

Cubalah cari penyelesaian yang sewajarnya untuk mengatasi perbelanjaan melebih pendapatan.

Seperti perkongsian seorang perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad tentang cara sorok duit supaya hujung bulan tidak sesak hingga kena ikat perut menunggu gaji.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Mungkin wang yang diselitkan ini boleh bantu korang sekiranya berlakunya kecemasan.

Ini enam tempat yang paling bagus untuk simpan duit sebelum gaji masuk;

1. Celahan dompet

Simpan amaun yang korang selalu gunakan di antara bahagian dompet yang paling mudah.

Selitkan RM20 atau RM50 di celahan dompet yang rasa susah untuk keluarkan.

Jumlah yang korang selitkan itu ikutlah diri masing-masing.

Jadi, apabila sedar duit sudah habis, masih ada beberapa wang kertas tersembunyi di celah bahagian dompet kita.

2. Laci pejabat

Sediakan sebuah tabung khusus di dalam pejabat. Boleh beli tabung murah di kedai RM2 atau gunakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek).

Ikutilah kreativiti korang, hiaslah ikut suka. Asalkan tabung itu boleh memberi motivasi untuk menyimpan. Tapi, jangan lupa untuk pastikan tabung itu tersembunyi dan berkunci di laci pejabat.

3. Dalam komponen kereta

Di dalam kereta, ada beberapa komponen kenderaan yang agak tersembunyi. Setiap kereta mempunyai reka bentuk yang berbeza.

Cuba teliti celah-celah kecil yang korang boleh selitkan duit kecemasan di situ. Tetapi pastikan duit tersebut juga boleh dikeluarkan, jangan nanti tersumbat di dalam komponen kereta tersebut.

Satu tip, pastikan korang tidak lupa, jika tidak, akan disedut oleh tukang cuci kenderaan apabila waktu ‘vacuum’ bermula.

4. Belakang ‘casing handphone’

Ramai yang amalkan teknik ini. Sebab mungkin kita akan lupa membawa dompet, tetapi telefon jarang akan lupa. Setuju atau tidak?

Biasanya, mereka akan meletakkan duit RM10 sehingga RM50 dalam ‘casing handphone’, terpulanglah pada diri masing-masing.

Terdapat juga banyak reka bentuk ‘casing’ handphone’ yang ada ruang untuk letakkan duit. Biasanya ia dipanggil ‘phone wallet’.

Iklan

Ada banyak pilihan yang cantik dan murah di pasaran. Cuma pastikan duit korang tersembunyi dan tidak menarik perhatian orang lain.

Guna duit anak

5. Pemegang kad nama (name tag holder)

Teknik ini biasa digunakan juga sebab ramai yang simpan duit di dalam pemegang kad nama mereka waktu bekerja di pejabat.

Sama dengan ‘casing handphone’, simpanan ini juga boleh selamatkan korang bila keluar makan tengahari ketika di pejabat.

Atau belilah ‘lanyard’ untuk gantungkan pemegang kad nama di leher untuk mudahkan korang apabila keluar nanti.

6. Simpan dengan pasangan

Pastikan pasangan korang boleh tolong simpan bukannya tolong belanjakan duit tersebut. Paling-paling simpan dengan ibu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa perlu berikan duit kepada orang lain untuk simpankan?

Sebabnya adalah mungkin korang akan rasa segan untuk minta balik duit tersebut. Jadi, lama-lama duit tersebut akan terkumpul.

Iklan

Baca juga Mudah benar ceroboh dan buat duit, warga maya luah rasa geram data peribadi dijual

Kesimpulannya, ia terpulanglah di mana korang suka selitkan duit kecemasan ini.

Selepas sudah simpan dan apabila telah gunakan wang tersebut, jangan lupa untuk isi semula duit itu.

Pilihlah tempat strategik yang korang rasa tidak akan hilang dengan mudah. Tetapi jangan sampai orang tahu simpanan kita berapa.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Azizul Azli Ahmad