Laksa bukan sebarang laksa, ini laksa lemak Siam, wajib cuba!

Iklan
Laksa siam

RASANYA macam pertama kali mendengar laksa lemak Siam, selalunya hanya laksa Johor yang orang selalu sebut. 

Korang pernah cuba tak laksa lemak Siam ni? 

Iklan
Iklan

Haa… kalau belum pernah, apa kata cuba jadikan laksa ini sebagai menu untuk rumah terbuka nanti. 

Resipi pada kali ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Shah Shatry di dalam entri beliau. 

Iklan

Cara memasaknya amat mudah selagi tidak ‘derhaka’ kepada resipi tersebut.

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya:

Iklan

Bahan-bahan 

  • Laksa kering yang halus
  • 1kg ikan selayang, kembung
  • 10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 4 batang serang
  • 2 inci belacan
  • 5 biji cili padi (
  • 5 keping asam gelugur
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam 
  • Gula
  • Perasa

Bahan-bahan sampingan/hiasan

Baca juga: Resipi laksa Johor gunakan ikan parang dan campuran kerisik. Memang padu!

  • Timun 
  • Tauge 
  • Kacang panjang
  • Bunga kantan
  • Salad 
  • Telur rebus
  • Limau nipis

Cara memasak

  1. Rebus laksa kering terlebih dahulu dan kemudian, toskan. 
  2. Langkah seterusnya rebus ikan sehingga masak kemudian, asingkan isi dan tulang, pastikan air rebusan tidak dibuang. 
  3. Seterusnya, kisar halus isi ikan dan masukkan air rebusan untuk dikisar bersama. Kemudian, kisar pula tulang ikan dan tapiskan. 
  4. Kemudian, kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, belacan, cili padi dan dua batang serai. 
  5. Panaskan periuk dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masukkan juga dua batang serai yang diketuk dan biarkan sehingga mendidih.
  6. Setelah ia mendidih, masukkan pula isi ikan yang telah dikisar bersama asam keping, daun limau purut dan air kemudian, kacau sehingga sebati. 
  7. Kemudian, masukkan santan ke dalam kuah laksa itu dan pastikan ia sentiasa dikacau supaya tekstur santan tidak berketul. 
  8. Seterusnya, perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa. 

Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Cubalah, dijamin memang sedap! Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kuetiau Th'ng original Chinese Style sedap, mudah sesuai buat menu rumah terbuka

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI