SETIAP kali Syawal menjelma, Aidilfitri disambut meriah di seluruh pelusuk tanah air.

Ziarah rumah ke rumah, menikmati juadah seperti ketupat, rendang serta lemang sudah tentu memberi seribu satu keceriaan ketika meraikan hari kemenangan buat umat Islam itu.

Tidak dilupa amalan rumah terbuka juga menjadi salah satu perkara penting bagi masyarakat kita. Sama-sama berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim sesama kita.

Jadi, ada yang tengah merancang untuk buat rumah terbuka namun belum tahu untuk membuat menu apa? Haruslah mencari yang simple dan sedap kan!

Ayuh cuba buat menu Kuetiau Th’ng ini. Katanya, ini resipi original Chinese Style. Yang penting, sedap dan mudah!

Selain kuetiau, boleh juga menggunakan mi, maggi atau bihun sebagai bahan utama.

Bahan-bahannya;

  • 1 ekor ayam (potong besar-basar pun tak apa)
  • Fish ball dan fish cake
  • Serbuk lada putih
  • Lada putih biji ditumbuk
  • Sengkuang 1 biji (saiz sederhana sahaja)
  • Gula batu (gula biasa pun boleh)
  • 2 batang serai diketuk
  • Batang saderi (pilihan)
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • Garam dan serbuk hilal (perasa)
  • Taugeh dan daun bawang
  • Cili kicap

Cuba juga Kek pisang coklat sedap di rumah terbuka, mudah disediakan hanya 6 langkah

Kuetiau Th'ng original Chinese Style sedap, mudah sesuai buat menu rumah terbuka
Perkongsian Fatyn Zamry di Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) mendapat hampir 7,000 shares.

Cara-cara membuatnya;

Kuah:

1) Campur sekali ayam dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah empat, serbuk lada putih, lada putih biji yang telah ditumbuk, batang saderi diketuk dan kiub ayam.

2) Rebus hingga mendidih, masuk serbuk hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi hingga ayam empuk.

3) Bila dah empuk ayam, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam untuk diletak dalam th’ng nanti. Tulang ayam tu masukkan balik dalam kuah, biar merebus sekali. Siap part kuah!

4) Fish ball and fish cake boleh dicelur atau goreng. Jika goreng, lebih wangi. Jadi gorengkan sekejap, toskan. Potong nipis-nipis untuk dijadikan bahan tambahan.

Minyak bawang putih;

Iklan

Bawang putih 10 ulas dicincang halus, goreng dengan minyak hingga tukar warna kekuningan dan naik bau. Tutup api. Tunggu sejuk, masukkan bawang sekali minyak.

Cuba juga Jamu kerutuk daging untuk tetamu ketika rumah terbuka. Memang ‘caralah’

Cili kicap;

Goreng cili padi 20 tangkai, cili merah tiga batang dan bawang putih dalam lima ulas.
Goreng sampai naik bau dan tutup api. Tunggu sejuk sekejap, kisar cili bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap. (Saya guna campuran kicap Mudim dan Kipas Udang Habhal warna merah.

Siap! Boleh dihidang dengan pilihan mi yang disukai bersama taugeh celur serta taburan daun bawang.

Iklan

Cubalah, serius sedap! Semoga bermanfaat!

Sumber: Fatyn Zamry

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI