Tuntutan waris RM300 bilion, berikut ketokohan Datuk Bentara Luar Johor, Muhamad Salleh Perang

Iklan
datuk bentara luar johor (1)

BARU-baru ini tular di laman sosial berkenaan tuntutan waris aristokrat Johor iaitu Datuk Bentara Luar, Datuk Muhamad Salleh bin Perang yang membabitkan jumlah bernilai lebih RM300 bilion.

Ia susulan terdapat beberapa aset tokoh berkenaan di beberapa daerah di Johor dan sehingga kini masih belum dipindah milik kepada waris yang berhak.

Iklan
Iklan

Baca juga: Jutawan 'low profile' miliki hotel mewah 42 tingkat di tengah Kuala Lumpur

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak mengetahui lanjut tokoh hebat yang dikatakan mendahului zamannya ini.

Iklan

Datuk Bentara Luar iaitu Datuk Muhamad Salleh bin Perang (1841 – 1915) adalah salah seorang tokoh pemimpin Johor yang dikaitkan bukan sahaja dari segi kepimpinannya tetapi dalam aspek pensejarahan Johor moden.

Kedudukan beliau sebagai salah seorang yang terpenting dalam Kerajaan Johor digambarkan melalui gelaran yang dianugerahkan kepada beliau, iaitu Dato’ Bentara Luar.

Iklan

[caption id="attachment_81639" width="800"] Bandar Batu Pahat kini muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor.[/caption]

Ketokohannya dalam aspek sejarah Johor moden adalah bersandarkan fakta sejarah bahawa beliau merupakan seorang pembesar atasan yang berkhidmat di bawah tiga orang pemerintah Johor pada abad ke-19 dan ke-20, iaitu Dato’ Temenggung Daeng Ibrahim (1841 – 1862), Temenggung/Maharaja/Sultan Abu Bakar (1862 – 1895) dan Sultan Ibrahim (1895 – 1959).

Anugerah kebesaran tersebut merupakan pengiktirafan untuknya berdasarkan sumbangan beliau dalam aspek pembangunan Johor secara keseluruhannya.

Aspek pembangunan ini merujuk kepada pembukaan kawasan penanaman gambir dan lada hitam serta pembukaan dan pentadbiran bandar-bandar baharu di Muar dan di Batu Pahat.

[caption id="attachment_81640" width="800"] Lada hitam antara tanaman yang menjadi komoditi penduduk Batu Pahat[/caption]

Oleh hal yang demikian, para sejarawan menempatkan beliau sebagai seorang tokoh yang penting dalam sejarah pembangunan negeri tersebut.

Menurut catatan Persatuan Bangsa Johor, pemimpin hebat itu memulakan usaha bagi membangunkan dan membuka Batu Pahat yang dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat dikenali sebagai Sungai Kundur.

Ia merupakan petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenaman dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Beliau jugadikatakan sebagai bapa pembangunan bagi negeri Johor berdasarkan usaha-usaha yang dilakukan.

Pada tahun 1893, baharulah Datuk Bentara Luar berjaya memulakan usaha bagi membangunkan Bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala Sungai Batu Pahat.

Pada 4 November 1893, Datuk Muhamad Salleh yang pada masa itu di Kampung Senangar dipanggil ke Johor Bahru.

Pada 11 November 1893 Sultan Abu Bakar bertitah kepada beliau untuk membuka Batu Pahat.

Pembukaan rasmi Batu Pahat telah dilakukan pada 1 Januari 1894 oleh Datuk Muhamad Salleh bin Perang sendiri dan telah dihadiri oleh orang-orang kaya, penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan.

Baca juga: Jadi jutawan segera selepas jumpa 'harta karun' di dalam beg lama dekat loteng rumah. Bertuah sungguh!

[caption id="attachment_81643" width="800"] Gambar lama Batu Pahat (Kredit foto: Facebook Saya Orang Johor)[/caption]

Pejabat-pejabat kerajaan juga telah diwujudkan dan disusun dengan teratur. Sistem pentadbiran moden digantikan dengan sistem tradisional dengan pegawai-pegawai tadbir yang tertentu.

Batu Pahat mula berkembang maju di mana Datuk Muhamad Salleh yang menjadi wakil raja memerintah Batu Pahat, kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan dan telah memainkan peranan yang amat aktif.

[caption id="attachment_81642" width="800"] Kredit foto: Facebook Saya Orang Johor[/caption]

Orang-orang kampung digalakkan dan digesa membuka kebun untuk bercucuk tanam dan membuat parit tali air. Dalam masa yang sama, pemodal-pemodal asing mula datang membuka kebun, ladang serta berniaga di Batu Pahat.

Kebolehan Datuk Bentara Luar berbahasa Cina merupakan faktor menyebabkan beliau pada umumnya disukai oleh orang Cina dan faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi dan harmoni di daerah itu.

Baca juga: 72 tahun tragedi Bukit Kepong, imbas kembali perjuangan wira-wira negara menentang komunis

[caption id="attachment_81644" width="800"] Gambar lama Batu Pahat (Kredit foto: Facebook Saya Orang Johor)[/caption]

Pentadbiran Batu Pahat di bawah pimpinan Datuk Bentara Luar berjalan lancar dan mengagumkan ini dinyatakan oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar Johor (General Commisioner) dalam rangka lawatan tugasnya di Batu Pahat pada 21 hingga 24 Disember 1896.

Zaman Datuk Bentara Luar berakhir pada pertengahan tahun 1911 apabila Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat menggantikannya.

Menurut catatan